Buku ini memberikan kupasan tentang kisah Nabi Yusuf a.s. dalam konteks pengurusan emosi yang menjadi inti pati di sebalik 111 ayat dalam Surah Yusuf. Kisah Nabi Yusuf a.s. dianggap sebagai sebuah cerita yang paling indah dalam al-Quran sebagaimana yang diungkapkan dalam firman Allah SWT pada awal Surah Yusuf yang bermaksud, “Kami akan ceritakan kepada engkau sebuah cerita yang paling baik”. Oleh itu, buku ini amat penting dan perlu dimiliki oleh setiap individu kerana kandungannya memberikan tumpuan kepada pemahaman pentafsiran terhadap 29 ayat terpilih daripada surah berkenaan. Hal ini dapat membuktikan bahawa al-Quran bukan sahaja berperanan sebagai pedoman hidup manusia beriman, malah berfungsi umpama rawatan psikoterapi yang boleh dilihat sebagai salah satu cara atau kaedah pengurusan emosi mengikut perspektif Islam.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035130
    Visit Today : 1346
    This Month : 17729
    Total Visit : 1035130
    Hits Today : 7037
    Total Hits : 4245371
    Who's Online : 6
  • Kategori