Kisah pengembaraan penuh fantasi bersama Hana, Irfan, Farah dan Raif bermula apabila mereka menolong seorang tua yang terlepas seekor ayam jantan semasa Pameran MAHA. Seterusnya mengheret mereka mengembara ke negeri Cempaka Sari. Menemukan mereka dengan Pak Kaduk, Mak Siti, Raja Indera Sari dan Adika yang kadang kala memberikan mimpi ngeri buat mereka. Mereka turut menyaksikan lagan penuh tragis antara Si Kunani dan Si Jalak dengan mempertaruhkan kampung sebagai gadaian kepada raja. Namun, mereka cuba menghalangnya agar kampung yang dipertaruhkan tidak tergadai. Berjayakah mereka menyekat penipuan yang dilakukan oleh Baginda Raja? Selain itu juga, Hana bersama kumpulannya HADIF telah menyertai pertandingan Bijak Peribahasa, dan amat memeritkan apabila Dahlia cuba menrik diri daripada pertandingan tersebut. Lagi merumitkan keadaan apabila Hana yang bertugas sebagai pustakawan menemui beberapa buku perpustakaan yang telah hilang di bawah mejanya. Mampukah Hana dan kumpulajnnya HADIF menyelesaikan kemelut yang dihadapinya itu?

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014941
    Visit Today : 970
    This Month : 34286
    Total Visit : 1014941
    Hits Today : 5359
    Total Hits : 4142161
    Who's Online : 10
  • Kategori