Oleh ALIAH ABDUL RAHIM

 

SEMASA menyelak helaian sebuah majalah hiburan tempatan yang agak tinggi peredarannya, agak terkejut juga penulis apabila mendapati beberapa perkataan yang kurang tepat penggunaannya dari segi tatabahasa. Walaupun bukan sebuah majalah ilmiah,  majalah hiburan juga memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kerana bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu. Walaupun kesalahan tatabahasa dalam majalah tersebut tidak terlalu banyak dan penggunaan bahasa rojaknya juga kurang, namun kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang ingin dinyatakan di sini tidak seharusnya berlaku, iaitu penggunaan perkataan baru, baharu, dan baharu-baharu ini. Sekadar mengambil beberapa contoh frasa yang terdapat dalam majalah tersebut, iaitu  “Cik Meen berada di Kelantan baharu-baharu ini, “…pemain gitar terkenal Jamul Wilson ini baharu sahaja melahirkan…”, “…katanya yang baharu berusia 20 tahun” dan “…dalam sebuah “showcase” di Bangsar baharu-baharu ini”, sudah menggambarkan jenis kesalahannya.

Editor atau penulis majalah tersebut mungkin menyangka yang semua perkataan baru sekarang telah ditukar kepada baharu termasuk perkataan baru-baru ini menjadi baharu-baharu ini. Disebabkan semua perkataan baru dalam majalah tersebut diselaraskan menjadi baharu, maka penggunaan kata baharu bagi pelakon baharu dan pelapis yang baharu sememangnya betul dari segi tatabahasa.

Daripada beberapa petikan frasa di atas, jelas menunjukkan yang majalah tersebut kurang memahami penggunaan perkataan baru dan baharu. Justeru, mereka menukar semua perkataan baru kepada baharu termasuk  yang tidak membawa maksud new.

Kata baru dan baharu merupakan kata adjektif yang digunakan untuk merujuk sesuatu yang belum dipakai atau belum lama dipakai, seperti basikal baharu dan padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Manakala kata baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks “ tidak berapa lama dulu”  atau   “tidak berapa lama sebelum ini”, seperti baru-baru ini, baru tiba atau baru sedar. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just dan baru-baru ini pula recently.

Masih ada pihak yang mungkin keliru dengan penggunaan perkataan tersebut termasuk pihak media. Walaupun sebenarnya mereka mengikuti perkembangan bahasa, namun mereka tidak benar-benar memahaminya.

Kita bebas menggunakan baharu atau baru untuk merujuk new, cuma yang penting penggunaan kata tersebut hendaklah selaras dan tidak bercampur aduk dalam sesebuah artikel, iaitu misalnya sama ada mereka ingin menggunakan Selamat Tahun Baharu atau Selamat Tahun Baru. Pihak media elektronik pula hendaklah menyebut perkataan baharu atau baru itu mengikut ejaannya.

Walaupun kesalahan bahasa ini nampak sebagai perkara kecil bagi sesetengah pihak media, kesalahan ini tidak boleh dipandang ringan. Mereka juga memainkan peranan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan melalui tulisan. Mereka seharusnya sedar bahawa golongan muda dan khususnya remaja yang banyak membaca majalah sedemikian, dan tidak bermakna majalah hiburan boleh ditulis tanpa mengikut tatabahasa bahasa Melayu yang betul.  Di samping menyampaikan maklumat, mereka juga perlu menghormati dan mendaulatkan bahasa kebangsaan kita.

Sikap ambil tahu atau berusaha memahami penggunaan perkataan yang betul dalam bahasa kebangsaan perlu sentiasa ada bagi setiap individu termasuk media, dan tidak berakhir selepas kita menamatkan alam persekolahan. Golongan pelajar antara yang ramai membaca majalah-majalah seumpama ini, manakala media cetak mahupun elektronik merupakan medium yang paling berkesan dari segi penyampaian maklumatnya kepada khalayak.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui laman sesawangnya menyediakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu yang terkandung pelbagai data sebagai rujukan. Pihak DBP melalui Bahagian Penguatkuasaan sentiasa melakukan pemantauan bahasa merangkumi pelbagai media dan membuat teguran jika terdapat penggunaan bahasa kebangsaan yang salah. Usaha yang dilakukan ini sentiasa berterusan demi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, indah dan berkesan merangkumi semua bidang, aspek dan media dapat dilaksanakan. aliah@dbp.gov.my

 

  1. samaru says:

    Bolehkah disenaraikan majalah yang mempunyai kesalahan tatabahasa?

    • Klik Web DBP says:

      Saudara perlu membuat penyelidikan tentang majalah tersebut ataupun mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat kajian terhadap majalah-majalah terbitan DBP.

  2. damha says:

    Sebenarnya masih ramai orang yang keliru tentang penggunaan baru dan baharu.Saya selalu terjumpa salah guna tatabahasa ini dalam akhbar tempatan dan siaran berita .Sangat memalukan.kalau tak percaya tuan boleh semak berita tv atau radio serta akhbar.banyak kesalahan tatabahasa.Bukan baru dan baharu saja tapi banyak lagi.
    Saya fikir semua yang terlibat dengan penyiaran berita patut di beri kursus bahasa Melayu semula sebab tatabahasa yang kita guna dulu kadang kadang tidak tepatlagi.
    saya rasa DBP secara seriusnya boleh ambil inisiatif membetulkannya.

Sila Beri Pandangan


  • Laman

  • Arkib

  • Statistik

    253445
    Melawat hari ini: 165
    Jumlah Pelawat: 253445
    Hits hari ini: 239
    Jumlah Hits : 461785
    Siapa atas talian: 3
Botanical Slimming Cell Phone Jammer For Sale, Botanical Slimming Soft Gel , Meizi Evolution, Cell Phone Jammers,Cell Phone Blockers, As a result Botanical Slimming works by restraining the activity of lipase in the stomach and intestinal canal.