Kamus Perikanan ini mengandungi 571 istilah berserta huraian yang disediakan oleh pakar yang mahir dalam bidang berkenaan. Kamus ini terdiri daripada tiga subbidang, iaitu rekreasi, teknologi perikanan dan hasil penangkapan ikan. Sebanyak 345 istilah yang dimasukkan sebagai entri dalam kamus ini, dipetik daripada senarai istilah perikanan hasil daripada Sidang Ke-13 Pakar Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada tahun 1999 dan Sidang Ke-14 Pakar MABBIM pada tahun 2000. Kerjasama yang sangat baik telah diperoleh daripada semua Ahli Jawatankuasa Kamus Perikanan yang terlibat. Dari aspek penyusunan kamus, setiap entri diberikan padanannya dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu Brunei Darussalam serta bahasa Indonesia bagi istilah yang dipetik daripada senarai istilah perikanan (MABBIM). Kamus ini juga turut memasukkan sebanyak 226 entri baharu. Walau bagaimanapun, kesemua entri baharu tersebut tidak diberikan padanannya dalam bahasa Melayu Brunei Darussalam dan bahasa Indonesia.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013688
    Visit Today : 951
    This Month : 33033
    Total Visit : 1013688
    Hits Today : 3241
    Total Hits : 4135346
    Who's Online : 13
  • Kategori