Himpunan puisi Bisik Cakerawala merupakan hasil karya peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2015. Garapan puisi yang meliputi pelbagai tema seperti ketuhanan, kekeluargaan, kasih sayang, saling hormat-menghormati, mencintai alam sekitar, perasaan dan emosi penulis. Puisi-puisi ini boleh dimanfaatkan dan membentuk peribadi dan jati diri pembaca menjadi lebih baik.

Kelab Minggu Penulis Remaja (MPR), Dewan Bahasa dan Pustaka baru sahaja kehilangan penyair mapan tanah air. Penyair yang dimaksudkan ini ialah Allahyarham Rahimidin Zahari yang telah kembali menemui Pencipta pada 14 Mei 2015. Kelab ini mempunyai sejarahnya yang panjang sehingga berjaya melahirkan ramai penulis pelapis yang akhirnya dapat mewarisi perkembangan Kesusasteraan Melayu Malaysia. Allahyarham Rahimidin Zahari ialah salah seorang daripada mereka selain Hizairi Othman yang ‘hilang’ dalam sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu. Program yang sangat unik dan berkesan ini merupakan satu program berbentuk bengkel penulisan kreatif yang dijalankan secara sistematik dan terancang, iaitu peserta didedahkan dengan proses penciptaan, penghayatan karya dan penghasilan atau penciptaan karya. Hasil daripada bengkel tersebut, para peserta diwajibkan menghasilkan karya berbentuk puisi dan cerpen. Oleh itu, karya yang termuat dalam antologi ini adalah karya-karya ‘tunas muda’ yang mempunyai bakat untuk maju seterusnya dapat melangsungkan kesuburan dunia sastera Melayu.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044398
    Visit Today : 818
    This Month : 26996
    Total Visit : 1044398
    Hits Today : 2689
    Total Hits : 4287662
    Who's Online : 12
  • Kategori