Kumpulan Cerpen Cerita Sarah Leong, Malim Ghozali PK mengajak audiens menjenguk ke daerah-daerah yang penuh dengan warna dan misteri kehidupan. Pengarang bukan saja memaparkan dunia melankoli, rindu yang tak kesampaian, sejarah kegemilangan budaya bangsa, perjuangan membebaskan bangsa dan agama daripada tirani, bahkan dunia orang tidak siuman dalam cerpen Dia, Dr. Hasni dan Bunga II: Api Marak Semula dan cinta rentas budaya dalam cerpen Cerita Sarah Leong. Pengarang cukup peka dengan persekitarannya, faham akan realisme sosial, lalu menyampaikan apa yang dilihat dan didengarinya dengan jujur, walau kadangkala menyelitkan juga elemen parodi. Ikonik seperti keseluruhan cerpennya, Malim Ghozali PK menyudahi cerita dengan penutupan terbuka. Barangkali, baginya audienslah yang paling wajar memahami pengakhiran cerpen-cerpennya. Dua puluh dan melarutkan imaginasi dalam alam dan persekitaran.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    146173
    Melawat Hari Ini : 603
    Jumlah Pelawat : 146173
    Hits Hari Ini : 2006
    Jumlah Hits : 285304
    Siapa atas talian : 3
  • Kategori