Buku Meneroka Khasiat Tempe ini memberikan pendedahan mengenai khasiat tempe yang merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu. Buku ini mengandungi lima bab yang menceritakan tentang kacang soya sebagai ramuan utama tempe, kandungan nutrien dan antinutrien tempe, tempe sebagai makanan fungsian dan resipi sihat berasaskan tempe. Tempe ialah produk makanan yang unik dan merupakan satu-satunya makanan berasaskan kacang soya yang tidak berasal dari China atau Jepun.

Penulisan buku ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sesuai dibaca oleh pembaca dari pelbagai latar belakang sama ada pelajar atau penyelidik yang menjalankan kajian  ke atas kacang soya atau tempe. Buku ini juga sesuai dijadikan sebagai rujukan umum buat mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai khasiat tempe. Semoga perkongsian mengenai khasiat tempe akan dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca dan secara tidak langsung boleh mempopularkan tempe sebagai salah satu makanan tradisional masyarakat Melayu.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    127833
    Melawat Hari Ini : 61
    Jumlah Pelawat : 127833
    Hits Hari Ini : 106
    Jumlah Hits : 229442
    Siapa atas talian : 1
  • Kategori