Perbincangan dalam buku ini melibatkan tiga aspek tahaluf siyasi, iaitu prinsip, ciri dan syarat yang dirumuskan daripada penelitian terhadap al-Quran dan hadis. Ketiga-tiga aspek ini juga berkait rapat dengan konsep, falsafah dan kaedah penggunaan tahaluf dari sirah Nabi SAW. Konsep tahaluf siyasi ini penting untuk difahami supaya dapat membina kefahaman mengenai pembinaan perjanjian dan kaedah perundingan Islam terbaharu dalam politik pembangunan semasa. Tahaluf siyasi dalam buku ini dilaksanakan dengan falsafah, tasawur dan acuan yang tersendiri tanpa bercampur aduk dengan falsafah perjanjian politik konvensional. Ia menjadi bidang yang dibentuk mengikut acuan Islam, bukannya dibentuk berdasarkan celupan dari Barat.

Terdapat pendirian sebahagian sarjana yang mengatakan bahawa tahaluf siyasi ini hanya boleh digunakan khusus untuk politik kepartian atau pun politik kenegaraan sahaja. Namun, konsep tahaluf siyasi yang diperkenalkan dalam buku ini lebih komprehensif kerana ia boleh diimplementasikan dalam pelbagai bidang. Maksud tahaluf siyasi secara khusus di sini ialah perjanjian persefahaman untuk bekerjasama dan bantu-membantu bagi mencapai sesuatu objektif.

Sasaran pembaca buku ini tertumpu kepada semua pelajar yang berkaitan dengan sains politik, politik Islam, pembangunan ekonomi, pembangunan politik, ekonomi politik, ekonomi politik Islam dan boleh dijadikan sebagai bacaan umum kepada semua masyarakat. Persembahan buku ini lebih berbentuk akademik namun dipermudahkan supaya mudah difahami oleh semua peringkat masyarakat.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1043442
    Visit Today : 1306
    This Month : 26041
    Total Visit : 1043442
    Hits Today : 4780
    Total Hits : 4284375
    Who's Online : 8
  • Kategori