Kemboja Klias mengangkat semangat perjuangan nasionalisme dan kemanusiaan pada zaman penjajahan Inggeris di Sabah. Yusof Fansuri, seorang ustaz lulusan sekolah pondok nekad untuk berjuang menegakkan syariat agama dalam kelompok masyarakat yang mementingkan adat budaya pada waktu itu. Konflik bermula setelah beliau difitnah di desa kelahirannya, Kota Klias. Beliau akhirnya berhijrah ke sebuah desa bernama Kemboja Klias untuk menggantikan imam surau yang telah meninggal dunia. Penghijrahannya telah membuka banyak peristiwa dalam hidupnya.

Perkembangan jajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah sekitar tahun 1880 – 1881 di Wilayah Semenanjung Klias dan Padas Damit telah mempengaruhi semangat baharu masyarakat untuk menghadapi penjajah. Perang gerila yang terjadi antara Syarikat Berpiagam Borneo Utara dengan penguasa Wilayah Padas Damit, Pengiran Syahbandar Hassan telah menambah sokongan masyarakat etnik Bisaya untuk melawan penjajah. Adam Frank, seorang pegawai Inggeris dari Residen Labuan yang dihantar ke wilayah ini telah membuka mata tentang nilai dan pemikiran masyarakat tempatan tentang sosiologi kehidupan sejagat.

Novel ini mempunyai unsur sejarah, politik, falsafah, kekeluargaan dan ketuhanan. Sentuhan terhadap latar zaman telah merakam ideologi sebuah etnik dan ras bangsa terhadap harapan kesejahteraan pada masa hadapan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013250
    Visit Today : 513
    This Month : 32595
    Total Visit : 1013250
    Hits Today : 1677
    Total Hits : 4133782
    Who's Online : 9
  • Kategori