MENGHIMPUNKAN 108 buah sajak pilihan daripada tiga buah kumpulan puisi, masing-masing berjudul Gamaruang, Hujan di Limun Pagi dan Sajak-sajakku Tak Pernah Tahu. Terdapat juga enam buah sajak yang tidak ada dalam kumpulan-kumpulan terawal.
Selain semacam diari kendiri, puisi mampu menjadi jendela yang menghubungkan masa kini dan masa lalu. Penyair selain mencatatkan hal-hal peribadi turut mengungkapkan fenomena-fenomena yang menyangkut isu-isu kemanusiaan sejagat, cinta, peperangan, kerohanian, hipokrasi dan tirani.
Malim berpetualang sejak zaman remaja. Beliau sudah mengembara hampir ke seluruh dunia. Seperti biasa Malim cuba memberikan takrifan-takrifan terhadap peristiwa-peristiwa dan pengalaman-pengalaman yang dialaminya dalam mencari dan memberikan makna yang sewajarnya. Nuansa diaspora sangat ketara dalam kumpulan ini.