Baik Benang, Cantik Tenunan memuatkan 100 buah sajak yang mengandungi pesan dan iktibar, mengajar manusia mempelajari kehidupan daripada alam dan insan. Kumpulan sajak ini juga menerapkan unsur-unsur keagamaan, peradaban dan nasihat.
Peribadi umpama setangkai mawar
cantik sempurna ciptaan-Nya
memikat mata mencerna akal
haruman itu dinikmati dan diinsafi
bercambah perasaan menjernih jiwa
terpancar pada wajah melakar suasana bak menenun benang baik
kemas tajamnya songket pun cantik.