OLEH KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH

MAJLIS Pelancaran Program Arkeopelancongan dan Program Arkeologi Junior telah diadakan pada 17 Februari 2020 bertempat di Restoran Town Steel Kitchen, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program ini telah dilancarkan oleh Profesor Dato’ Dr.

Konsultan Jualan dan Pemasaran Teroka Travel and Tours Sdn. Bhd., Dr. Azrina Ahmad memberikan penerangan tentang usaha mempromosikan industri arkeopelancongan.

Mokhtar Saidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Program ini bertujuan memajukan pelancongan arkeologi di Malaysia dan di Pulau Pinang menerusi kerjasama bersama-sama dengan Agensi Pelancongan Teroka Travel and Tours Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

“Kerjasama di antara PPAG dengan Agensi Pelancongan Teroka Travel and Tours Sdn. Bhd. dicapai menerusi kejayaan menghasilkan siri penyelidikan dalam bidang sejarah, arkeologi dan tamadun di Malaysia selama lebih 30 tahun. Selain itu, pihak Agensi Pelancongan Teroka Travel and Tours Sdn. Bhd. berperanan penting ke arah menarik minat para pelancong dalam dan luar negara untuk mengenali, meneroka dan mempelajari keunikan sejarah, tamadun, arkeologi dan warisan di Malaysia.” Demikian teks ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pengarah PPAG.

Profesor Dato’ Dr. Mokhtar Saidin menyampaikan ucapan dalam Pelancaran Program Arkeopelancongan dan Program Arkeologi Junior di Town Steel Kitchen, Bandar Perda.

Pusat Penyelidikan Arkeologi Global terus mengorak langkah ke arah memajukan bidang arkeologi dalam pelancongan (Archeo Tourism) di Malaysia yang bertujuan untuk menarik minat masyarakat tempatan khususnya golongan muda, dan kanak-kanak, selain daripada pelancong asing tentang kepentingan bidang sejarah, tamadun, arkeologi dan warisan di Malaysia. Pelbagai program arkeologi  telah diperkenalkan untuk membina jati diri dan semangat cintakan negara. Penubuhan Program Arkeologi Junior pula bertujuan untuk memperkenalkan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) tentang industri pelancongan arkeologi, sejarah, arkeologi dan tamadun kepada kanak-kanak seawal usia lima tahun.

Tahun 2020 merupakan tahun melawat Malaysia sehingga tahun 2030. Selain itu, Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 juga menjadi pemangkin ke arah mengangkat nilai ekonomi dan warisan pelancongan arkeologi di Malaysia. Di samping itu, usaha PPAG sejak tahun 2015 telah mengangkat nilai ekonomi dan warisan pelancongan arkeologi di Malaysia menerusi promosi pelancongan untuk para pelancong sama ada di dalam mahu pun di luar negara.

Kanak-kanak sedang diberikan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) tentang sejarah, arkeologi dan tamadun.

Menerusi kerjasama ini, pelbagai program telah dianjurkan seperti membawa rombongan murid tadika dan pelajar sekolah rendah serta sekolah menengah untuk menikmati dan menerokai dunia sejarah, arkeologi dan tamadun. Malah, Agensi Pelancongan Teroka Travel and Tours Sdn. Bhd. juga menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak mereka melawat pelbagai tapak penyelidikan arkeologi di Malaysia. Secara keseluruhannya, Agensi Pelancongan Teroka Travel and Tours Sdn. Bhd. telah mempromosikan industri pelancongan yang berasaskan bidang arkeologi menerusi Program Arkeologi Junior bermula pada tahun 2020.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1042975
    Visit Today : 839
    This Month : 25574
    Total Visit : 1042975
    Hits Today : 2603
    Total Hits : 4282198
    Who's Online : 10
  • Kategori