OLEH NORAZLINDA MISRAN

Gimik pelancaran yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi, Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

KARNIVAL Jualan Buku Malaysia DBP-ITBM-MABOPA-MAPIM buat julung kalinya diadakan pada 27 Februari – 8 Mac 2020 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Acara yang diadakan ini bersempena dengan Kuala Lumpur yang dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia 2020 dengan slogan ‘KL Baca – Caring Through Reading’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Selain itu, acara ini juga diadakan sempena Gerakan Dekad Membaca Kebangsaan.

Yang Berbahagia Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi, Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Sehubungan dengan itu, majlis perasmian karnival ini diadakan pada 2 Mac 2020 oleh Yang Berbahagia Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi, Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Menurut beliau, walaupun dunia hari ini dipenuhi dengan bahan bacaan berbentuk digital, namun buku yang bercetak masih mendapat permintaan yang tinggi dan jualannya masih memberangsangkan. Beliau juga menggalakkan penulis buku untuk menulis dan mencetak sendiri buku mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada penerbit.

Wakil Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur, menerima replika sumbangan buku daripada DBP.

Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah penyampaian sumbangan wakaf buku DBP kepada empat buah institusi iaitu:

  1. 1. Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur
  2. 2. Rumah Amal Baitul Kasih
  3. 3. Persatuan Rumah Anak Yatim Damai Kuang Rawang, Selangor
  4. 4. Maahad Tahfiz AnakYatim Darul Fuqaha Kajang, Selangor,

Tuan Haji Hamzah Hamdani, Setiausaha GAPENA, turut menyampaikan replika sumbangan buku DBP kepada wakil SK Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Selain itu, beberapa buah sekolah dan institusi yang terpilih turut mendapat sumbangan buku dalam majlis tersebut iaitu:

  1. 1. SK Jalan Bellamy, Kuala Lumpur
  2. 2. SK Convent, Jalan Peel, Kuala Lumpur
  3. 3. SK Seri Tasik, Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Selangor
  4. 4. SK Ayer Keroh, Ayer Keroh, Melaka
  5. 5. SMK Seri Tapah, Tapah, Perak
  6. 6. SMK Kampung Jawa, Klang, Selangor
  7. 7. Institut Perguruan Guru Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan
  8. 8. Persatuan Komunikasi (PERKOM), Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

Sesi penyerahan sumbangan kepada penerima sumbangan buku DBP.

Lebih 1000 judul buku terbitan DBP, ITBM, Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan penerbit-penerbit universiti (MAPIM) dijual sepanjang karnival tersebut berlangsung dengan potongan harga sehingga 70%. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Encik Arief Hakim Sani Rahmat, Pengerusi MABOPA dan Tuan Haji Hamzah Hamdani, Setiausaha GAPENA.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014255
    Visit Today : 284
    This Month : 33600
    Total Visit : 1014255
    Hits Today : 842
    Total Hits : 4137644
    Who's Online : 7
  • Kategori