OLEH KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH

Keindahan Sapuan Kanvas dalam Pameran Solo Shaparel Salleh.

MAJLIS perasmian Pameran Karya Seni Lukisan Solo Shaparel Salleh telah berlangsung di Muzium Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, pada 3 Februari 2020.  Pameran yang berlangsung dari 3 Februari 2020 hingga 14 Mac 2020, ini mempersembahkan 20 buah karya lukisan terbaharu Shaparel Saleh selama 30 tahun, bertemakan “ARUS” yang melambangkan keunggulan, kehebatan dan terjemahan karya lukisan pelukis tentang kepelbagaian gaya kehidupan manusia dan keindahan alam semesta.

Naib Canselor USM, Profesor Dr_ Faisal Rafiq Mahamd Adikan mencuba menyapu kanvas lukisan di Muzium Galeri Tuanku Fauziah_

Keunggulan Shaparel Salleh dalam dunia seni lukisan Malaysia dan antarabangsa bermula sebagai alumni Pusat Pengajian Seni (PPS) USM Pulau Pinang yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian USM dalam pengkhususan Seni Halus pada tahun 1999. Shaparel Salleh atau nama penuhnya Mohd Shaparel Salleh berusia 48 tahun merupakan anak kelahiran Alor Gajah, Melaka, dan telah menyertai lebih daripada 70 pameran seni lukisan tempatan dan antarabangsa. Shaparel merupakan pensyarah sambilan di Pusat Pengajian Seni (PPS) USM Pulau Pinang, selain bertugas sebagai guru seni catan bagi Program Conservatory of Fine Arts di bawah Rancangan Kokurikulum Catan USM Pulau Pinang sejak tahun 2000 sehingga tahun 2019.

Shaparel Salleh bersama Naib Canselor USM, Profesor Dr_ Faisal Rafiq Mahamd Adikan melayani para tetamu kehormat yang hadir di Pameran Lukisan Solo Shaparel Salleh_

Hasil karya lukisan Shaparel telah dipamerkan di pelbagai jabatan kerajaan dan badan swasta di seluruh Malaysia seperti di Balai Seni Lukis Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU), Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Soka Gakkai Malaysia (SGM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    528814
    Visit Today : 1269
    This Month : 10513
    Total Visit : 528814
    Hits Today : 6597
    Total Hits : 2111458
    Who's Online : 7
  • Kategori