OLEH KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH

Keindahan nilai seni dan sains dalam karya seni menarik perhatian Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

PAMERAN Seni dan Sains dalam Masyarakat atau nama komersialnya OASIS (Of Art And Science in Society) telah diadakan pada 24 Disember 2019, bertempat di Muzium Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Pameran yang mula dianjurkan pada tahun 2003, merupakan medan terbaik buat pensyarah dan pelajar di Pusat Pengajian Seni (PPS), USM, Pulau Pinang, mempersembahkan keunikan hasil karya seni untuk tatapan warga kerja akademik, warga kerja dan pelajar USM, selain masyarakat dan para pelancong yang melawat ke USM, Pulau Pinang.

Karya seni oleh para pelajar Pusat Pengajian Seni USM Pulau Pinang turut menarik perhatian tetamu kehormat dalam Pameran OASIS 2019.

Pameran ini merupakan pameran seni terbaik yang mempersembahkan hasil rangkaian karya seni oleh para pensyarah dan pelajar PPS, USM, Pulau Pinang. Selain itu, hasil rangkaian karya agung seni yang dipamerkan di sini merupakan hasil penyelidikan seni dan kepakaran 21 orang pensyarah PPS, USM, Pulau Pinang, dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus seni halus, reka bentuk grafik dan komunikasi, reka bentuk media baharu dan teknologi, drama dan teater, lakonan dan pengarahan juga reka bentuk produk. Malah, rangkaian karya seni ini merupakan contoh dan panduan terbaik kepada para pelajar, warga kerja akademik dan warga kerja USM, selain masyarakat di Pulau Pinang dan para pelancong untuk menghayati dan menilai karya seni terbaik sepanjang zaman.

Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan sedang meneliti karya seni yang diterangkan oleh salah seorang pensyarah Pusat Pengajian Seni USM Pulau Pinang.

“Syabas dan tahniah kepada Pusat Pengajian Seni kerana berjaya menghimpunkan hasil karya agung seni terbaik oleh 21 orang pensyarah Pusat Pengajian Seni (PPS), USM, Pulau Pinang.” Demikian ucapan Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, ketika merasmikan Pameran Oasis 2019 pada 24 Disember 2019, bertempat di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), USM, Pulau Pinang.

Pameran ini dapat mewujudkan keseimbangan dalam perhubungan bidang seni dan sains seiring dengan pembangunan USM sebagai Universiti APEX yang menekankan kelestarian. Selain itu, pameran ini berjaya menonjolkan nilai kreativiti dalam ilmu, pendidikan dan penyelidikan seni.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044793
    Visit Today : 1214
    This Month : 27392
    Total Visit : 1044793
    Hits Today : 4477
    Total Hits : 4289450
    Who's Online : 11
  • Kategori