OLEH SYAHIDAH RASYIQAH ABD RASHID

GAPENA turut bekerjasama dalam festival ini,

BERSEMPENA dengan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan (GDBK) Peringkat Pertubuhan Bukan Kerajaan, Festival Perkampungan Seni telah diadakan dan dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Festival ini ialah program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan, iaitu Persatuan Koloni Anak Seni, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, Persatuan Seni Khat Malaysia, Dewan Usahawan Industri Desa Malaysia, Persatuan Teater Malaysia, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Persatuan Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan dan sebagainya. Festival ini telah berlangsung pada 7 November 2019 bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 10.00 malam di Wisma DBP, Kuala Lumpur. Festival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya Malam Perkampungan Seni, Persembahan Penghibur Jalanan, Deklamasi Puisi Teks Braille, Bicarawara, Perkongsian Anak Seni Autisme, Pementasan Teater, pelbagai pertandingan, pameran dan jualan serta trak makanan.

Antara persembahan yang memeriahkan Festival Perkampungan Seni 2019.

Kelainan yang ditonjolkan pada festival ini mencapah lensa dengan menggabungkan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi menggarap aspirasi DBP dalam usaha mendekatkan serta menjalinkan kerjasama daripada aspek kebahasaan khususnya dengan pertubuhan-pertubuhan tersebut. Jalinan kerjasama sebegini mampu memberikan pemahaman kepada pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan kebahasaan, kesusasteraan dan kebudayaan terutamanya dalam bahasa Melayu.

Peserta yang menyertai Pertandingan Deklamasi Puisi.

Menerusi medium ini, diharapkan bakat seni dan sastera generasi muda kita dapat dicungkil dan digilap sebagai pelapis seni, sastera dan budaya negara. Malahan, diharapkan mampu meningkatkan dan menyemarakkan rasa cinta dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan dan juga dalam diri masyarakat terhadap bahasa Melayu serta meluaskan khalayak bahasa dan persuratan khususnya.

Keterlibatan golongan kelainan upaya dalam memeriahkan festival ini juga tidak diketepikan.

Keterlibatan golongan kelainan upaya dalam memeriahkan festival ini juga tidak diketepikan, kerana mereka juga mampu memberikan sumbangan besar kepada masyarakat khususnya dalam bidang bahasa, sastera, seni dan budaya. Antara pengisian aktiviti yang disertai oleh golongan ini ialah Deklamasi Puisi Teks Braille dan Bicarawara antara panelnya ialah Datuk Mah Hasan, Pengerusi Persatuan Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan. Keterbatasan mereka bukan penghalang atau kekurangan untuk turut sama dalam menikmati persekitaran yang sama dan sedia ada dengan masyarakat umum.

Bengkel dan Pertandingan Seni Khat Jawi turut diadakan sempena Festival Perkampungan Seni 2019.

Sejajar dengan agenda dan matlamat nasional, menurut Undang-undang Malaysia, Akta 32, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Perkara 9 “Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan”, festival ini telah menyusun atur beberapa aktiviti berkaitan jawi antaranya Demonstrasi Tulisan Kaligrafi Jawi serta Bengkel dan Pertandingan Seni Khat Jawi. Aktiviti ini berupaya menjadi wadah ke arah melahirkan golongan masyarakat kita yang mampu menjadi pelapis seni khat generasi baharu yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang untuk terus berjuang mempertahan dan memelihara seni khat jawi.

Penyampaian cenderamata kepada Datuk Mah Hasan, Pengerusi Persatuan Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan.

Festival ini juga menyuntik sedikit kelainan dengan mewujudkan elemen permainan dan didik hibur dengan memfokuskan aspek pengujian tahap penguasaan dan kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan masyarakat sekali gus dapat memupuk kecintaan terhadap bahasa kebangsaan. Antara aktiviti didik hibur yang disenaraikan ialah Pertandingan Cerdas Istilah, Roda Kata DBP dan Dam Bahasa DBP.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044872
    Visit Today : 1293
    This Month : 27471
    Total Visit : 1044872
    Hits Today : 4858
    Total Hits : 4289831
    Who's Online : 8
  • Kategori