OLEH WAN NORASIKIN WAN ISMAIL

“Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja. Bila tiba detik kembalilah kita kepadanya. Kita datang ini kosong tangan kosong dada. Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.” Begitulah bait-bait puisi indah hasil nukilan YBhg. Dato’ Seri Dr. A. Samad Said atau lebih dikenali dengan nama gelaran Pak Samad yang telah dideklamasikan oleh pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sempena program Sasterawan di Universiti. Program yang menyantuni sasterawan negara ini telah diadakan pada 27 November 2019 bertempat di Perpustakaan UniMAP, Perlis.

Majlis pelancaran semula buku-buku SN A. Samad Said yang pernah diterbitkan oleh DBP.

Antara panduan yang diberikan oleh SN A. Samad Said kepada generasi penulis hari ini.

Pada kali ini, DBP dengan kerjasama UniMAP telah menganjurkan program Sasterawan di Universiti dan sekali gus mengadakan majlis pelancaran semula buku-buku A. Samad Said yang pernah diterbitkan oleh DBP sebelum ini. Antaranya buku Warkah Eropah, Daerah Zeni, Sungai Mengalir Lesu dan Salina. Buku yang paling mendapat sambutan hangat ialah novel Salina yang kini berusia 60 tahun penerbitannya.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh wakil Ketua Pengarah DBP, Encik Zulhilmi Baharudin.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh wakil Ketua Pengarah DBP, Encik Zulhilmi Baharudin dan wakil Naib Canselor UniMAP, YBhg. Prof. Dr. Harshita Aini Haron. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa UniMAP akan memulakan langkah awal dengan memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam sastera. Pelajar akan mempelajari bahasa melalui sastera. Oleh itu, UniMAP telah mewujudkan program Sasterawan di Universiti bertujuan untuk melestarikan kelangsungan persuratan dan sastera tanah air sebagaimana saranan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Mazlee Malek.

SN A. Samad Said turut berkongsi pengalaman beliau dan suka duka kehidupannya sebagai seorang penulis.

Dalam majlis ini juga diadakan sesi bual bicara bersama-sama Sasterawan Negara (SN). SN A. Samad Said berkongsi pengalaman beliau dan suka duka kehidupannya sebagai seorang penulis. Beliau turut bercerita tentang kisah masyarakat pada waktu itu yang dirakamkan dalam novel Salina. Watak-watak dalam novel tersebut merupakan kisah yang dialami beliau ketika zaman Jepun dan selepas perang melanda. Katanya lagi, untuk menjadi seorang penulis kita perlu membaca, membaca, membaca, membaca dan baharulah menulis. Menurutnya lagi, untuk menjadi seorang penulis masyarakat perlu banyak membaca. Diakhir ucapannya, Pak Samad menyeru kepada generasi hari ini agar membaca hasil karyanya yang sarat dengan nasihat dan mesej kepada masyarakat.

SN A. Samad Said turut melawat pameran jualan buku DBP.

Program Sasterawan di Universiti ini amat penting bagi memperkenalkan Sasterawan Negara kepada generasi muda. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, karya sastera tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana didalamnya terkandung nilai budaya, jati diri dan sejarah ketamadunan sesuatu bangsa yang tidak ternilai harganya.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1042466
    Visit Today : 330
    This Month : 25065
    Total Visit : 1042466
    Hits Today : 800
    Total Hits : 4280395
    Who's Online : 16
  • Kategori