OLEH ROSLAN ABDUL HAMID

SELALU menjadi masalah kepada kita untuk menentukan sama ada perlu atau tidak huruf ا (alif) ditulis apabila pola KV berada di akhir kata. Hal ini terjadi kerana vokal [a] dalam pola KV di akhir suku kata mempunyai kaedah tertentu untuk menentukan sama ada huruf ا kekal atau digugurkan. Kali ini kita bincangkan dua perkara iaitu kekal ا dan gugur ا .

1. KEKAL ا (ALIF)

Syara kekal ا adalah seperti yang berikut :

a. Suku kata praakhir pola KV dengan vokal [u], [i], [e] taling, [e] pepet dan [o] dan suku kata akhir pola KV yang vokalnya [a].

POLA PRAAKHIR DAN AKHIR

PERKATAAN

JAWI

_u/_a

kuda

كودا

pelupa

ڤلوڤا
_i/_a

kira

كيرا

derita

دريتا
_e (taling) /_ a

desa

ديسا
lemena

لمينا

_e (pepet) /_ a

gesa

ݢسا

kera

كرا

_o/_a

bola

بولا

pola

ڤولا

 

b. Suku kata praakhir pola KV dengan vokal [a] dan suku kata akhir pola KV dengan vokal [a] dan konsonannya dilambangkan dengan huruf د ر ل و ڠ  , iaitu d r l w ng.

POLA PRAAKHIR DAN AKHIR

PERKATAAN

JAWI

kv/kv   (_ a/da)

lada

لادا

dada

دادا
kv/kv   (_a/ra)

dara

دارا

sandiwara

سنديوارا
kv/kv   (_a/ la)

jala

جالا
kepala

كڤالا

kv/kv   (_a/wa)

lawa

لاوا

bawa

باوا

kv/kv   (_a/nga)

nganga

ڠاڠا

sanga

ساڠا

 

c. Suku kata praakhir pola VK atau KVK dan suku kata akhir pola KV dengan vokal [a]. ( vk + kv ) atau ( kvk + kv ).

POLA PRAAKHIR DAN AKHIR

PERKATAAN

JAWI

vk/kv (vokal [a])

angsa

اڠسا

anda

اندا

unta

اونتا

kvk/ kv (vokal [a])

hamba

همبا

camca

چمچا

seksa

سيقسا

 

d. Gabungan suku kata praakhir pola KV dan suku kata akhir pola KV membentuk kata rama.

POLA PRAAKHIR DAN AKHIR

PERKATAAN

JAWI

kv/kv

(ra/ma)

irama

ايراما

panorama

ڤانوراما

asrama

اسراما

cerekarama

چريكاراما

drama

دراما

cengkerama

چڠكراما

 

2. GUGUR ا (ALIF)

Gugur ا (alif) bermaksud huruf alif tidak dilambangkan untuk vokal [a]. Beberapa keadaan digariskan dalam pedoman ejaan jawi untuk menentukan gugur huruf ا sebagai lambang vokal [a] di akhir kata pola KV. Antaranya ialah :

a. Suku kata terbuka praakhir pola KV dengan vokal [a] dan suku kata terbuka akhir kata pola KV yang konsonannya b t p g n s ny c y k j m dilambangkan dengan ب ت ڤ ݢ ن س ڽ چ ي ک ج م manakala vokalnya [a].

POLA PRAAKHIR DAN AKHIR

PERKATAAN

JAWI

kv/kv   : (_a / ba)

raba

راب
kv/kv   : (_a / ta)

betapa

بتاڤ
kv/kv   : (_a / pa)

berapa

براڤ
kv/kv   : (_a / ga)

telaga

تلاݢ
kv/kv   : (_a / na)

bagaimana

باݢايمان

kv/kv   : (_a / sa)

rasa

راس

kv/kv   : (_a / nya)

hanya

هاڽ

kv/kv   : (_a / ca)

baca

باچ

kv/kv   : (_a / ­ya)

raya

راي

kv/kv   : (_a / ka)

baka

باک

kv/kv   : (_a / ja)

raja

راج

kv/kv   : (_a / ma)

sama

سام

 

b. Suku kata akhir pola KV dengan konsonan k atau g manakala vokalnya [a].

POLA PRAAKHIR DAN AKHIR

PERKATAAN

JAWI

kv/kv   :   kv / ka

kvk/kv : kvk/ ka

buka

بوک

paduka

ڤدوک

nangka

نڠک

kv/kv   :     kv / ga

kvk/kv : kvk / ga

Jaga

جاݢ

mentega

منتيݢ

tangga

تڠݢ

 

Kesimpulannya, huruf ا (alif) di akhir kata boleh kekal dan gugur kerana mengikut kaedah yang telah dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, huruf ا(alif) yang gugur itu masih boleh menerima alif kembali berdasarkan beberapa keadaan :

1.Menerima partikel atau imbuhan akhiran : berapakah : براڤاكه / bukalah : بوكاله / matanya : ماتاڽ

2.Ada maksud lain (homograf) : puasa :ڤواسا  / puas : ڤواس

3.Kata pinjaman bahasa Inggeris : mama : ماما / papa : ڤاڤا

4.Suku kata akhir ka atau ga didahului oleh vokal [e] pepet : lega : لݢا / teka : تكا

Oleh itu, selalulah kita membuat latihan menulis perkataan yang berakhir dengan vokal [a] supaya kita mahir dalam mengenal pasti kekal atau gugurnya ا (alif) semasa kita menulis jawi.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    127830
    Melawat Hari Ini : 58
    Jumlah Pelawat : 127830
    Hits Hari Ini : 91
    Jumlah Hits : 229427
    Siapa atas talian : 1
  • Kategori