Oleh ABD. KARIM A. BAKAR

BUKU ini mengandungi 10 artikel yang membincangkan beberapa aspek penting dalam bidang pengurusan. Aspek yang disentuh meliputi bidang pengurusan pemasaran, kepimpinan, pengurusan pelanggan, kemahiran mendengar, kerja berpasukan,  kreativiti dalam pengurusan, dan peningkatan kerjaya. Artikel-artikel ini merupakan ringkasan daripada buku-buku yang  dihasilkan oleh penulis masing-masing. Tajuk-tajuk yang dimuatkan dalam buku ini adalah seperti yang berikut :

1. “The Supervisor’s Big Book of List” oleh George T.Fuller
– Panduan dan teknik menyelesaikan masalah dalam semua aspek pekerjaan anda.

2. “The Streetcorner Strategy for Winning Local Markets oleh Robert E. Hall
–  Bagaimana menyesuaikan jualan dan perkhidmatan kepada pelanggan pada kos
yang tepat.

3. “Sales Questions That Close The Sales” oleh Charles D. Brennan, Jr.
– Mendedahkan panduan ringkas tentang keperluan sebenar pelanggan.

4. “The Leader Window” oleh John D. W. Beck dan Neil M. Yager
– Pelan tindakan untuk meningkatkan prestasi kumpulan kerja.

5. “Managing To Keep The  Customer” oleh Robert L. Desatucle dan Denis H. Detzel
– Menjelaskan rahsia untuk memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan.

6. “Listening : The Forgotten Skill” oleh Madelyn Burley – Allen
– Bagaimana menjadi pendengar yang baik dalam perkhidmatan yang berkesan.

7. “How To Make The Most of Your Workday” oleh Jonathan dan Susan Clark
– Panduan bagaimana melakukan kerja yang cemerlang, bukan semata-mata
melakukan kerja keras (work smart, not hard).

8. “99% Inspriration” oleh Bryan W.  Mattimore
– Teknik untuk melakukan kreativiti dalam pekerjaan.

9. “Lifeboat Strategies” oleh Robert Barner
– Panduan penting untuk membantu anda agar sentiasa melakukan tugas yang terbaik.

10. “Pure Instinct” oleh Kathy Kolbe
– Memahami bakat semula jadi setiap orang untuk didedahkan kepada kebolehan sebenar.

Berikut dipetik ringkasan isi artikel bertajuk “The Leader Windows” bagi dijadikan pedoman asas ke arah kemajuan kerjaya.

“THE LEADER’S WINDOWS”
John D.W. Beck dan Neil M. Yeager

1. Semua peringkat pengurus – daripada peringkat CEO kepada peringkat
paling rendah dalam  hirerarki – perlu mempelajari cara memimpin.

2. Setiap pengurus/ketua mestilah tahu bagaimana memimpin orang bawahannya.
Ini merupakan bahagian yang paling sukar dalam kerjaya seseorang ketua.

3. Selaku ketua, perlu memberikan fokus kepada perkara berikut:

i. Bagaimana untuk mencapai kejayaan dan bagaimana untuk mengelakkan kegagalan.

ii. Bagaimana berusaha ke arah kejayaan.

iii. Bagaimana anda menimbulkan semangat bersaing dan menghindari
perasaan puas hati dalam kalangan pekerja.

iv. Apakah yang anda katakan dan lakukan untuk mencapai keputusan berkualiti
tinggi dan meningkatkan reputasi selaku ketua?

4. Rajah “The 4 Windows of  Leadership”:

Window 1: Ketua sebagai Pengarah/Perancang

i. Visi
ii. Berani
iii. Dorongan
iv. Keputusan
Window 2: Ketua sebagai Orang yang Menyelesaikan Masalah

i.    Penyertaan
ii.   Penglibatan
iii.  Sinergi
iv.  Kualiti

Window 3: Ketua sebagai Pembina / Pembangun / Pengusaha

i.    Mendengar
ii.   Melatih
iii.  Memajukan
iv.  Menyokong

Window 4: Ketua sebagai Pemberi Kuasa

i.    Kepercayaan
ii.   Memberi Kuasa
iii.  Penurunan Kuasa
iv.  Bersetuju dengan orang yang mewakilinya

 

Nota Penulis:

John D. W. Beck merupakan pengasas “Charter Oak Consulting Group” di New York,  sebuah firma yang mempunyai pengkhususan dalam memperteguh prestasi organisasi.

Neil M. Yeager mempunyai pengalaman selama lebih 15 tahun sebagai perunding perkembangan organisasi.

Editor World  Executive’s Digest.
Tahun 1996. Singapura : The Asians Sources Media Group.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044773
    Visit Today : 1194
    This Month : 27372
    Total Visit : 1044773
    Hits Today : 4397
    Total Hits : 4289370
    Who's Online : 4
  • Kategori