OLEH ROSLAN ABDUL HAMID

KITA sedia maklum bahawa huruf و (wau) Ialah padanan bagi vokal [u] dan [o]. Selain itu, huruf و (wau) juga menjadi padanan bagi konsonan [w]. Yang menarik untuk kita bincangkan di sini ialah konsonan [و] mempunyai hukum yang berbeza mengikut kedudukan dalam perkataan. Antara hukumnya ialah :

1. Hukum wa ekasuku

2. Hukum ewa dan iwa

 

Hukum wa ekasuku

Wa ekasuku ialah satu suku kata tertutup pola KVK yang bermula dengan konsonan [w] diikuti vokal [a] selepasnya. Contoh perkataan ialah wak, wap, wang, wan, wah dan wad. Kaedah mengeja perkataan wa ekasuku ialah mengekalkan huruf ا (alif) untuk padanan vokal [a]. Contohnya:

RUMI

JAWI

Wak

واق

Wap

واڤ

Wang

واڠ

Wan

وان

Wah

واه
Wad

واد

 

Hukum ewa dan iwa

Hukum ewa dan iwa ialah suku kata akhir tertutup KVK yang bermula konsonan [w] diikuti vokal [a] manakala suku kata sebelumnya (praakhir) pola KV yang vokalnya [e] taling atau [i]. Contohnya dewan, sewang, tewas, rewang, gewang, dan jiwang. Cara mengeja perkataan tersebut ialah mengekalkan huruf ا (alif) sebagai vokal [a] pada suku kata akhir. Contohnya:

RUMI

JAWI

Dewan

ديوان

Sewang

سيواڠ

Tewas

تيواس

Rewang

ريواڠ

Gewang

ݢيواڠ
Jiwang

جيواڠ

Kesimpulannya, ejaan bagi hukum wa ekasuka dan hukum ewa dan iwa adalah di luar hukum ejaan lazim yang vokal [a] perlu digugurkan apabila berada dalam pola suku kata tertutup pola KVK, seperti ejaan kata kawan كاون , mawas ماوس , gawang ݢاوڠ, dan jutawan جوتاون.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013271
    Visit Today : 534
    This Month : 32616
    Total Visit : 1013271
    Hits Today : 1738
    Total Hits : 4133843
    Who's Online : 8
  • Kategori