OLEH ATIQAH ABD RAHIM

“Jika kamu tidak suka membaca bermakna kamu masih belum menjumpai buku yang sesuai.” – J. K. Rowling

Membaca secara dalam kumpulan boleh menanamkan minat seseorang untuk membaca.

AMALAN membaca buku bukanlah budaya asing bagi rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan anak muda. Pelbagai jenis buku ditawarkan di kedai-kedai buku berdekatan daripada buku berbentuk komik dan novel remaja sehinggalah buku ilmiah yang selalu ditelaah untuk menambah ilmu pengetahuan. Buku-buku ini juga mudah didapati di platform laman sesawang seperti Amazon, Google Play dan e-sentral. Tidak kurang penerbit-penerbit buku menawarkan pembelian dalam talian untuk memudahkan pembaca mendapatkan buku-buku terbitan mereka termasuklah Dewan Bahasa dan Pustaka. Jika tidak berkemampuan untuk membeli buku, perpustakaan negeri dan desa juga perpustakaan di institusi pendidikan masing-masing sentiasa menanti kedatangan pengunjungnya. Maka, mengambil kata-kata penulis yang amat terkenal dengan siri Harry Potter di atas, penyebab utama seseorang itu tidak suka membaca kerana masih belum menjumpai buku yang sesuai dengan jiwanya.

Aktiviti membaca bersama keluarga juga boleh dijadikan amalan agar keseronokan membaca itu dapat disemai ke dalam diri anak-anak.

Membaca buku merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan boleh merehatkan minda. Membaca akan menjadikan kita lebih berpengetahuan dan dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat. Membaca buku tidak seharusnya dibataskan dengan pembacaan buku yang tebal, terlalu ‘bersifat ilmiah’ dan mengambil tempoh yang lama untuk dihabiskan. Hal ini bukanlah bermaksud buku tebal dan berbentuk akademik tidak bagus, cuma bagi sesetengah orang, pembacaan begini akan menjadi bebanan lalu mengambil keputusan untuk menangguh atau melenggahkan masa daripada melakukan aktiviti pembacaan.

Setiap orang mempunyai kecenderungan pembacaan tersendiri. Kebanyakan anak muda lebih menggemari bacaan yang nipis dan ringan seperti komik dan novel. Pembacaan begini menawarkan daya imaginasi yang tinggi dan kekreatifan kepada anak muda. Kepelbagaian sudut pandangan dapat mendedahkan kepada mereka  untuk menerima perbezaan budaya dan percaya bahawa tiada apa yang mustahil untuk dikecapi. Sumber inspirasi daripada pembacaan juga akan meningkatkan keyakinan anak muda dalam menghadapi cabaran kehidupan. Oleh itu, masyarakat perlulah meraikan kepelbagaian genre-genre buku yang ada di pasaran dalam usaha untuk menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti utama dalam kalangan anak muda.

Amalan membaca tidak terhad di perpustakaan sahaja.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035051
    Visit Today : 1267
    This Month : 17650
    Total Visit : 1035051
    Hits Today : 6296
    Total Hits : 4244630
    Who's Online : 3
  • Kategori