OLEH ZAIDI ISMAIL

UNTUK meningkatkan kemahiran dan keupayaan berbahasa yang baik dalam penulisan memo, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dengan kerjasama Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka (Akademi DBP) telah menganjurkan Kursus Penulisan Memo Berkualiti di Wisma Universiti Malaya, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.

Peserta Kursus Penulisan Memo Berkualiti pada 8 Mei 2019 tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh encik Zaidi Ismail, dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kursus yang diadakan pada 8 Mei 2019 itu telah dikuti oleh seramai 20 orang karyawan UMCCed yang terlibat secara langsung dalam penulisan memo di jabatan masing-masing. Dalam kursus sehari itu, penulis selaku penceramah mengendalikannya dalam tiga sesi utama, iaitu sesi pertama, penyegaran bahasa Melayu, ejaan, pembentukan kata dan tatabahasa; sesi kedua, rujukan hormat serta fungsi, format dan kandungan memo; dan sesi terakhir, latihan, pembentangan dan perbincangan.

Antara peserta yang mengikuti kursus ini.

Dalam sesi pengenalan bahasa Melayu, ejaan, pembentukan kata dan tatabahasa, peserta terlebih dahulu “disegarkan bahasanya”, khususnya dalam aspek kesalahan umum penggunaan bahasa dalam dokumen rasmi, seperti penggunaan singkatan yang tidak betul untuk salinan kepada disingkatkan menjadi s/k (sepatutnya s.k.); untuk perhatian disingkatkan menjadi u/p (sepatutnya u.p.); dan bagi pihak disingkatkan menjadi b/p (sepatutnya b.p.). Setelah penyegaran bahasa, dilanjutkan pula dengan asas penggunaan bahasa Melayu, khususnya dalam aspek ejaan, pembentukan kata, dan pembinaan ayat yang baik dan betul dalam penulisan memo.

Para peserta tekun membuat latihan yang diberi.

Dalam sesi kedua, peserta diberi penerangan tentang aspek penggunaan rujukan hormat dalam memo serta fungsi, format dan kandungan memo. Sebagaimana surat rasmi, rujukan hormat turut digunakan dalam penulisan memo, seperti YBhg. Dato’ (Yang Berbahagia Dato’), tuan dan puan. Setelah memahami aspek tersebut, barulah peserta mula membuat latihan dan perbincangan dalam sesi terakhir pada sebelah petang.

Dengan adanya kursus tersebut, diharapkan kualiti penulisan memo dalam kalangan peserta dapat ditingkatkan. Memo merupakan antara dokumen rasmi yang masih digunakan dalam urusan komunikasi dalaman. Para peserta akan terlibat pula dalam Kursus Penulisan Surat Rasmi Berkualiti pada bulan hadapan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1036791
    Visit Today : 273
    This Month : 19390
    Total Visit : 1036791
    Hits Today : 1167
    Total Hits : 4253522
    Who's Online : 12
  • Kategori