Oleh ROSLAN ABDUL HAMID

SUKU kata tertutup ialah suku kata yang berakhir dengan konsonan. Suku kata tertutup mempunyai dua pola iaitu pola VK dan KVK.

POLA SUKU KATA TERTUTUP VK

Pola suku kata tertutup VK ialah gabungan vokal dan konsonan.

1. Contoh suku kata tertutup pola VK di awal kata :

PERKATAAN EJAAN JAWI
ambil امبيل
indah اينده
untung اونتوڠ
empat امڤت
etnik ايتنيک
ombak اومبق

2. Contoh suku kata tertutup pola VK di akhir kata :

PERKATAAN EJAAN JAWI
sauk ساءوق
Main ماءين
Kueh کوءيه
Buah بواه

 

POLA SUKU KATA TERTUTUP KVK

Pola KVK ialah konsonan diikuti dengan vokal dan diakhiri oleh konsonan pula.

1. Contoh suku kata tertutup pola KVK di awal kata ialah :

PERKATAAN EJAAN JAWI
jambu جمبو
timba تيمبا
punca ڤونـچا
lembu لمبو
cengkau چيڠکاو
bomba بومبا

2. Contoh suku kata tertutup pola KVK di tengah kata ialah :

PERKATAAN EJAAN JAWI
periksa ڤريقسا
kerambit کرمبيت
sesumbar سسومبر

3. Contoh suku kata tertutup pola KVK di akhir kata ialah :

PERKATAAN EJAAN JAWI
corak چورق
serik سريق
perut ڤروت
cerek چيريق
hodoh هودوه

 

VOKAL [a] DAN [e] PEPET

Huruf ا (alif) digugurkan sebagai lambang vokal [a] dalam pola KVK kecuali pada ejaan homograf dengan kata lain ا  (alif) dikekalkan untuk membezakan ejaan kata homograf. Manakala vokal [e] pepet tidak dilambangkan dengan mana-mana huruf vokal jawi. Kenyataan ini dapat dilihat pada jadual di bawah.

PERKATAAN DIBACA EJAAN JAWI
ڤنتس pantas / pentas ڤانتس – pantas
کندوڠ kandung / kendung کاندوڠ – kandung
بندر bandar / bendar باندر – bandar
رنچڠ rancang / rencang رانچڠ – rancang

 

KONSONAN [k] DI AKHIR POLA KVK

Konsonan pada pola KVK untuk kata Melayu asli dan kata pinjaman bukan bahasa Arab yang menggunakan konsonan [k] mempunyai padanan atau lambang berbeza jika konsonan [k] menjadi penutup pada pola KVK. Konsonan [k] terakhir dalam pola KVK untuk kata Melayu asli dilambangkan dengan huruf ق (qof) .

PERKATAAN EJAAN JAWI
Lemak لمق
Lembik لمبيق
busuk بوسوق

 

Lambang konsonan [k] terakhir dalam pola KVK untuk kata serapan bahasa Inggeris pula ialah huruf ک (kaf).

PERKATAAN EJAAN JAWI
klinik کلينيک
Teknik تيکنيک
elektrik ايليکتريک

Kesimpulannya, pola suku kata tertutup VK dan KVK ini penting untuk difahami supaya kita dapat menentukan ejaan yang tepat mengikut garis pedoman ejaan jawi yang disempurnakan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    127830
    Melawat Hari Ini : 58
    Jumlah Pelawat : 127830
    Hits Hari Ini : 92
    Jumlah Hits : 229428
    Siapa atas talian : 1
  • Kategori