Oleh ROSLAN BIN ABDUL HAMID

SUKU kata terbuka ialah satu daripada struktur penting bagi membentuk kata khususnya perkataan dalam bahasa Melayu. Suku kata terbuka terbahagi kepada 3 pola :

Pola Pertama : V

Vokal secara sendirian sudah boleh menjadi suku kata terbuka. Kedudukan suku kata terbuka dengan pola V ialah di awal, di tengah dan di akhir kata.

PERKATAAN LAMBANG V JAWI
aku ا اكو
ibu اي ايبو
ulat او اولت
emak ا امق
esok اي ايسوق
otak او اوتق
kuasa ا کواس
bau و باو
dua ا دوا
tui ي توي

 

Pola Kedua : KV

Pola ini ialah gabungan huruf konsonan dan huruf vokal. Dalam tulisan rumi untuk ejaan kata bahasa Melayu, semua vokal dalam pola KV mesti dilambangkan dengan huruf yang telah ditentukan. Sebaliknya, tidak semua vokal dalam pola KV tidak dilambangkan dalam tulisan jawi.

PERKATAAN LAMBANG KV JAWI
jaring جا جاريڠ
piring ڤي ڤيـريڠ
tulang تو تولڠ
rebah ر ربه
cerek چي چيـريق
kolam کو کولم
mampu ڤو ممڤو
jampi ڤي جمڤي
kosmetik مي کوسميتيک

 

Pola Ketiga : KD

Pola KD bermaksud huruf konsonan bergabung dengan vokal diftong (ai , oi , au). Huruf-huruf diftong dalam tulisan rumi semuanya boleh dilambangkan dengan huruf jawi yang ditetapkan.

PERKATAAN LAMBANG KD JAWI
limau ماو ليماو
rambai باي رمباي
koboi بوي کوبوي
boikot بوي بويکوت
saudara ساو ساودارا
permaidani ماي ڤرمايداني

 

Kesimpulannya, vokal dalam pola suku kata terbuka tidak ditutup oleh huruf konsonan. Vokal boleh membentuk suku kata terbuka secara sendiri dan vokal juga boleh bergabung dengan huruf konsonan sebelumnya. Pola V, KV dan KD boleh berada di awal, di tengah dan di akhir kata.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    127842
    Melawat Hari Ini : 70
    Jumlah Pelawat : 127842
    Hits Hari Ini : 158
    Jumlah Hits : 229494
    Siapa atas talian : 1
  • Kategori