Oleh MUHAMMAD MUQRIS ALIF ZAIRIASDI

UNGKAPAN “ditelan mati emak, diluah mati bapak” jikalau dirujuk dalam Kamus Peribahasa Edisi Keempat bermaksud “dalam keadaan serba salah”. Peribahasa ini juga diilustrasikan dalam ayat, iaitu “Nur Saliha berada dalam keadaan ditelan mati emak, diluah mati bapak kerana kedua-dua tawaran itu sangat menarik dan sukar untuk ditolak”. Maka dapat disimpulkan bahawa penggunaan peribahasa ini sesuai digunakan dalam senario seseorang itu serba salah dalam membuat keputusan yang tepat.

Peribahasa ini amat dekat dengan masyarakat apabila berhadapan dengan situasi rakan sendiri telah melakukan kesalahan. Mereka menjadi serba salah antara ingin menegur dengan mendiamkan diri. Apabila seseorang itu memilih untuk menegur, ada kemungkinan persahabatan mereka akan terputus dan jikalau berdiam diri, maka kesalahan rakannya akan berulang lagi sampai bila-bila.

Antara kesalahan lazim seseorang yang menyebabkan rakannya dalam keadaan “ditelan mati emak, diluah mati bapak” adalah tidak menghormati masa. Bagi sesetengah orang, perilaku tidak menepati masa bukanlah kesalahan yang besar.

Bagi sesetengah orang, perilaku tidak menepati masa bukanlah kesalahan yang besar.

Bagi sesetengah orang, perilaku tidak menepati masa bukanlah kesalahan yang besar.

Sejauh mana kepentingan menghormati masa? Allah SWT berfirman dalam dalam Surah Ibrahim ayat 33 hingga 34 yang menjelaskan betapa pentingnya masa dalam kehidupan manusia. Kita harus memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya. Masa juga diklasifikasikan sebagai harta yang termahal bagi setiap orang.

Jikalau berhadapan dengan seseorang yang langsung tidak menghormati masa, kita hendaklah menegurnya, bukan hanya memandang sebelah mata sahaja. Apabila masa hilang, kita tidak akan menjumpainya lagi.

Perlakuan tidak menghormati masa juga tidak memberikan faedah sebaliknya mendatangkan kesan negatif. Si pelaku hanya mementingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Apabila dia terlewat, pelbagai alasan yang direka semata-mata untuk menyelamatkan diri walhal alasan yang dicipta boleh ditepis jikalau dia menghormati masa.

Kesimpulannya, pepatah “ditelan mati emak, diluah mati bapak” sudah tidak relevan pada hari ini kerana jikalau bukan kita yang menegur, sampai bila-bila seseorang akan berada dalam keadaan yang rugi. Jikalau kita masih serba salah untuk menegur, anak muda, khususnya, akan terus ditelan masa dan lalai dalam arus kehidupan yang mencabar hari ini. Apabila ditegur atas kesalahan kita, usahlah melatah tetapi terima teguran tersebut dan jadikannya pengajaran dalam usaha untuk membaiki diri supaya menjadi insan yang cemerlang.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1036508
    Visit Today : 1286
    This Month : 19107
    Total Visit : 1036508
    Hits Today : 6234
    Total Hits : 4252324
    Who's Online : 5
  • Kategori