Oleh TN. HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL B. WAN MANSOR 

Hukum Luar Derlung digunakan apabila sesuatu perkataan yang mempunyai suku kata praakhir dan akhir bunyi vokal terbuka [a]. Biasanya hukum ini terpakai pada kata Melayu jati dan juga kata yang bukan daripada kata Arab. Paling penting ialah jenis kata yang disebutkan di atas mestilah bunyi terbuka [a] digandingkan dengan huruf-huruf berikut pada suku kata akhirnya: ba (ب) atau ta (ت) atau pa (ڤ) atau ga (ݢ) atau nun (ن) atau sin (س) atau nya (ڽ) atau ca (چ) atau ya (ي) atau kaf (ک) atau mim (م) atau jim (ج).

Huruf alif (ا) hendaklah digugurkan selepas huruf-huruf tersebut.

  1. Contoh kata yang mempunyai dua suku kata terbuka [a] + [a] adalah seperti berikut:
Rumi Jawi
saya ساي
rasa راس
tanya تاڽ
apa اڤ
baca باچ
mata مات
baja باج
saga ساݢ
mana مان
sama سام
raba راب
baka باک
  1. Contoh kata tiga suku kata atau lebih dan mempunyai suku kata praakhir dan akhirnya terbuka [a] + [a]. adalah seperti berikut:

Rumi

Jawi

bahasa

بهاس

bahaya

بهاي

bahana

بهان

utama

اوتام

senjata

سنجات

jelaga

جلاݢ

belaka

بلاک

lelaba

للاب

cuaca

چواچ

kenapa

كناڤ

sengaja

سڠاج

Sekiranya suku kata praakhir dan akhir berpola [e] + [a], [i] + [a], [o] + [a] atau [u] + [a], maka cara pengejaan tidak tertakluk kepada hukum ini.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    127830
    Melawat Hari Ini : 58
    Jumlah Pelawat : 127830
    Hits Hari Ini : 95
    Jumlah Hits : 229431
    Siapa atas talian : 1
  • Kategori