Oleh ALIAH ABDUL RAHIM

MASIH adakah alasan yang menyatakan istilah bahasa Melayu dalam sesuatu bidang ilmu itu tidak mencukupi menyebabkan ahli akademik atau penulis buku ilmiah mendapati sukar untuk menulis artikel atau kertas kerja mereka dalam bahasa Melayu? Sekiranya mereka dikehendaki menulis dalam bahasa Melayu, tulisan mereka dikatakan tidak mampu mengungkapkan frasa atau ayat mahupun istilah dengan jelas dan bermakna, berbanding jika mereka menulis dalam bahasa Inggeris. Terjemahan dalam bahasa Melayu kaku, tidak bersifat semula jadi dan tidak dapat menghuraikan fakta dengan tepat menyebabkan mereka lebih selesa menulis atau membaca teks dalam bahasa Inggeris. Masih adakah golongan yang memberikan alasan sebegini?

Kadangkala kita lebih mudah berkompromi dengan bahasa asing seperti bahasa Inggeris apabila dikehendaki berucap atau menulis dalam bahasa tersebut tetapi dengan bahasa sendiri pelbagai alasan yang timbul. Sukar sangatkah kita sebagai rakyat Malaysia yang telah lebih setengah abad merdeka untuk melaksanakan penggunaan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara? Benarkah kita tidak dapat memahami teks yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dengan mudah, oleh itu kita lebih suka membaca teks asal.  Masih adakah individu yang berasa tidak yakin dengan bahasa Melayu?

Tugas kita sekarang sebenarnya mungkin tidak sesukar tugas pejuang bahasa pada suatu ketika dahulu yang memperjuangkan bahasa sehingga bahasa Melayu termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Bermula dengan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pertama yang diadakan pada 12-13 April 1952 di Singapura sehinggalah Kongres ke-3 yang membawa kepada penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kini, kita bertanggungjawab untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi, sebagai bahasa pengantar dan bahasa komunikasi sama ada secara lisan mahupun tulisan. Tujuan asal penubuhan DBP juga adalah untuk  memajukan bahasa Melayu serta menggalakkan penggunaannya dan tujuan ini selaras dengan  hasrat negara bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Alasan bahawa istilah tidak mencukupi untuk mengungkapkan ilmu bidang-bidang tertentu berlaku apabila penulis tidak mahu menulis dalam bahasa Melayu.  Pelbagai bidang ilmu sentiasa berkembang mengikut edaran zaman, terutama dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Oleh itu, apabila mereka menulis, sudah pasti mereka akan menemukan beberapa istilah asing yang belum dibentuk dan mereka boleh turut sama menggubal istilah tersebut dalam bahasa Melayu dengan berpandukan kaedah-kaedah dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu terbitan DBP. Secara tidak langsung mereka juga berperanan sebagai penggubal istilah dan turut sama menambah bilangan istilah bahasa Melayu yang sedia ada dalam pangkalan data DBP. Sudah tentu tugas tersebut tidak hanya digalas oleh DBP.

Tidak dinafikan bahawa tugas memastikan kelangsungan pelaksanaan bahasa Melayu di samping memelihara bahasa Melayu daripada rancu, rojak mahupun pupus adalah lebih sukar lagi.  Namun, selagi kita tidak mahu menggunakan bahasa Melayu atau meragui kewibawaan bahasa kita, maka kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi akan tergugat.  Selagi kita tidak mahu menggunakannya dengan meluas dan penuh yakin termasuk dalam sistem perbankan, maka selagi itulah bahasa Melayu sukar mendapat pengiktirafan sebagai bahasa Melayu yang ada nilai ekonominya.

Pada hakikatnya memastikan penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan adalah juga satu perjuangan. Cuma perbezaannya, kita sekarang berjuang untuk mempertahankan pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu berlangsung seperti sewajarnya di samping mengangkat taraf bahasa Melayu sama seperti bahasa-bahasa utama di dunia.

Bersyukurlah kita kerana sehingga kini bahasa Melayu masih ada tempatnya dalam masyarakat, negara dan serantau. Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) masih berperanan dan mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi. Bermula pada tahun ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menetapkan agar semua bentuk iklan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada DBP sebelum permohonan lesen dibuat di DBKL.

Walaupun bahasa Melayu sentiasa diganggu-gugat  pada masa-masa  tertentu atau oleh golongan yang tidak bertanggungjawab, kita masih ada satu bahasa yang merupakan satu-satunya bahasa di dunia yang berperanan sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa pengantar dan bahasa komunikasi. aliah@dbp.gov.my

 

  1. jailan bin simon says:

    Tuan/Puan,

    Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk menterjemahkan “Focal Person”

Sila Beri Pandangan


  • Arkib

  • Statistik

    000000
    Melawat hari ini:
    Jumlah Pelawat:
    Hits hari ini:
    Jumlah Hits :
    Siapa atas talian:
  • Kategori

Botanical Slimming Cell Phone Jammer For Sale, Botanical Slimming Soft Gel , Meizi Evolution, Cell Phone Jammers,Cell Phone Blockers, As a result Botanical Slimming works by restraining the activity of lipase in the stomach and intestinal canal.