Oleh HAZIMAH YUSOF

Ahli panel dari kiri, Dr. Mahadi J. Murat, Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, Haji A. Rahim Abdullah, dan Prof. Dr. Teo Kok Seong membincangkan tajuk “Bahasa Melayu dalam Filem dan Drama”.

FILEM dan drama merupakan medium penyebaran bahasa yang sangat berpengaruh dalam kalangan masyarakat. Kedua-duanya memiliki hubungan yang sangat erat dengan khalayaknya dan merupakan cerminan peribadi masyarakat berkenaan.  Filem dan drama akan sentiasa menggarap sikap, pendirian, dan  pemikiran dalam batas bahasa kelompok manusia yang memilikinya.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Penyelidikan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengadakan forum intelektual bertajuk “Bahasa Melayu dalam Filem dan Drama” pada  28 Jun lalu di Dewan Seminar,  Menara DBP.  Penyertaan sangatlah menggalakkan. Kira-kira 200 orang peserta yang hadir, antaranya  penggiat seni dan penulis skrip.

Objektif forum adalah untuk mendapatkan input tentang penggunaan bahasa Melayu, khususnya yang berkaitan drama dan filem, memberi peluang kepada para pemikir, intelek, dan ilmuwan yang diundang untuk bertukar-tukar fikiran tentang isu dan persoalan penggunaan bahasa Melayu dan impaknya serta mewujudkan kesedaran peri pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam penulisan skrip drama dan filem tanah air.

Ahli panel forum ialah Prof. Dr. Teo Kok Seong (UKM), pakar bahasa, Dr. Mahadi J. Murat (UiTM) yang berpengalaman dalam perfileman, pengarahan filem dan drama, penulis skrip dan penyunting, dan Tuan Haji A. Rahim Abdullah (ASWARA) yang berpengalaman dalam bidang penulisan kreatif serta penulisan kewartawanan. Pengerusi panel ialah Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah (UM) berpengalaman dalam bidang pengajian filem, penyiaran, pengajian kebudayaan, pengajian masa depan, retorik, falsafah dan logik.

Antara isu dan persoalan yang ditimbulkan ialah filem dan drama dikatakan punca bahasa Melayu menjadi “sekerat belut, sekerat ular”. Sejauh manakah pengarah, pembikin filem dan penulis skrip menjadi penyebab pencemaran bahasa ini? Dalam hal ini, Dr. Mahadi J. Murat menyatakan bahawa drama dan filem ialah dua medium yang berbeza begitu juga penggunaan bahasa dalam kedua-dua medium ini. Bahasa filem merupakan bahasa gambar bergerak, sementara bahasa drama ialah penyampaian idea melalui dialog sebagai penyampai cerita kerana melalui dialoglah plot, perwatakan dan konflik dibangunkan.

“Isu pencemaran bahasa adalah tanggungjawab kita bersama” –  Prof. Dr. Teo Kok Seong (kanan)

Sebagai sebahagian daripada bahasa filem, maka bahasa Melayu  tentu terikut dengan fonemik bercerita (story telling). Dalam hal ini, wujud konflik antara soal memperkasa bahasa Melayu dalam filem dan drama dengan keutamaan pembikin filem, pengarah filem dan stesen televisyen yang lebih kepada pasaran media. Sudah pasti pasaran media mahukan sesuatu yang senang “disambut” oleh khalayak mereka.  Untuk memperkasa bahasa dalam filem dan drama, perlu dikenali bagaimana bahasa filem itu harus dimanfaatkan oleh bahasa pertuturan.  Bahasa pertuturan mesti dijadikan sebahagian bahasa filem supaya bahasa dapat menjadi peneraju kepada aspek penyampaian bentuk dan kandungan  dalam filem dan drama.

Menurut Tuan Haji A. Rahim Abdullah, pihak yang harus dipersalahkan dalam soal pencemaran bahasa dalam filem dan drama ialah penulis skrip, penerbit serta pengarah filem dan drama kerana mereka melanggar tanggungjawab moral yang lebih mengutamakan nilai-nilai komersial untuk mendapat perhatian khalayak.  Beliau mencadangkan pihak DBP bersama-sama badan agensi berkaitan untuk menguatkuasakan satu sistem yang betul-betul tiada kompromi.  Penulis skrip muda yang mahu berkecimpung dalam bidang penulisan skrip juga dicadangkan agar diberi bimbingan oleh DBP dalam  bengkel dan intensif dalam usaha melahirkan penulis skrip yang benar-benar berwibawa dan berdedikasi kepada bangsa dan nusa.

Angkara filem dan drama Melayu telah menyebabkan kepunahan bahasa Melayu dan sekali gus menjadi penyebab orang  Melayu berbahasa i, yougiler dan lain-lain. Demikian Prof. Dr. Teo Kok Seong memberikan pendapatnya. Isu bahasa rojak “separuh belut, separuh ular” ini dan penggunaan bahasa Melayu yang tidak betul adalah tanggungjawab kita semua dan kita tidak boleh menuding jari menyalahkan pihak media sahaja.  Dalam pembikinan filem dan drama, kita perlu mematuhi peraturan, undang-undang negara, norma masyarakat dan sistem nilai budaya.   Penulis skrip dan penerbit harus memastikan dialog  dalam filem dan drama digayakan seperti adegan-adegannya dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul dan tidak terlalu bersifat kolokial.

Dewan Bahasa dan Pustaka diminta agar melanjutkan seminar ini dari semasa ke semasa dan khalayaknya lebih tertumpu pada golongan pengamal media, penggiat industri seni (drama serta filem) dan penulis skrip agar mereka dapat mencari jalan penyelesaian, terutamanya berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam media elektronik.   Dewan Bahasa dan Pustaka juga perlu mewujudkan penjelasan terhadap undang-undang melalui forum, seminar yang berterusan dan sebagainya berkaitan penggunaan bahasa Melayu dalam industri seni.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    347207
    Visit Today : 728
    This Month : 41657
    Total Visit : 347207
    Hits Today : 2900
    Total Hits : 1418309
    Who's Online : 9
  • Kategori