Oleh NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABD. RAHMAN

Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman

KESEMUA inskripsi tersebut menggunakan bahasa Melayu dan bercampur dengan bahasa Sanskrit.  Skrip yang digunakan adalah skrip Pallava. Yang penting di sini ialah bangsa apakah penduduk di Srivijaya, Melayu dan Chieh-Cha.  Berdasarkan bukti inskripsi tersebut penduduk adalah orang asal, atau pribumi daripada rumpun pusat iaitu etnik Melayu dan begitu juga dengan pembesarnya.

Alam Melayu terbentang luas dari Madagascar ke Kepulauan di Lautan Pasifik iaitu ke pulau di Asia Tenggara dan Ocenia.  Mereka yang berada dalam kawasan alam Melayu tergolong dalam rumpun Melayu berasaskan antropologi, linguistik dan fizikal antropologi.  Rumpun Melayu yang terdiri daripada lebih kurang 300 juta orang merupakan salah satu rumpun bangsa yang besar.  Mereka yang tergolong dalam rumpun Melayu berkongsi bahasa asas iaitu bahasa Melayu-Polinesia atau dikenali oleh sesetangah sarjana sebagai bahasa Austronesia.  Dia anggarkan wujud lebih daripada 700 dialek dalam bahasa Melayu-Polinesia.

Rumpun Melayu berbeza dariapda etnik Melayu dan orang Melayu yang kita sebutkan pada hari ini dari segi makna yang saya maksudkan.  Pada hari ini, terdapat orang Melayu dan rumpun Melayu, iaitu peribumi lain.  Jika dalam zaman sebelum Islam, orang Melayu itu kita sebut sebagai etnik Melayu.  Pada hari ini, di Malaysia, jika kita sebut orang Melayu ia didefinisikan oleh Perlembagaan Malaysia sebagai seorang Muslim dan bercakap serta mengamalkan adat istiadat Melayu.  Ini bermakna, yang membezakan orang Melayu Malaysia dengan rumpun Melayu lain ialah agama Islam dan adat istiadat Melayu Islam.  Begitu juga halnya dengan Brunei yang terdiri daripada orang Melayu, rumpun Melayu dan Melayu diaspora, yang mana penduduknya pendatang dari alam Melayu.

Di Malaysia, rumpun Melayu dibahagikan kepada kelompok-kelompok berikut iaitu orang Melayu, Orang Asli dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Rumpun Melayu (Orang Asli) Kawasan Penempatan
Negrito

Batek, Jahai, Kensiu, Kintak, Lanch, Mendrik

 Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Kedah
Senoi

Che Wong, Jah Hut, Mah Meri, Semai, Semok Beri, Temiar

 Pahang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang
Melayu Proto

Jakun, Kanak, Orang Laut, Orang Seletar, Semelai, Temok, Temuan

 Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Selangor

Di negara-negara lain di alam Melayu, rumpun Melayu itu boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti yang dilakukan di Malaysia, iaitu orang Jawa, orang Bugis, orang Banten dan lain-lain, antaranya peribumi.

Keturunan orang Melayu di kawasan yang tergolong dalam pusat peradaban Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera masih kekal di kawasan tersebut sehingga ke hari ini.  Namun, ada di sesetengah tempat pada hari ini menjadi kelompok minoriti dalam kalangan rumpun Melayu.  Tempat tersebut pernah menjadi pusat orang Melayu dan pemerintahan Melayu.  Tempat-tempat tersebut ialah kawasan di Sumatera Utara.  Situasi tersebut kerana transmigrasi dari kepulauan Indonesia di luar Sumatera ke Sumatera khasnya dari Pulau Jawa.  Maka di Sumatera Utara itu wujud orang Melayu, Batak, Mendailing, Minangkabau, Jawa dan lain-lain.
Orang Melayu pula dibahagi-bahagikan kepada beberapa kelompok etnik yang berdasarkan kepada tempat.  Maka muncullah klasifikasi seperti Melayu Deli, Melayu Langkat, Melayu Jambi dan Melayu Pesisir.  Mereka itu dikelompokkan sedemikian seperti berlaku dalam zaman kewujudan kerajaan Melayu berasaskan nama kota-kota seperti Deli, Langkat, Jambi, Palembang, Serdang dan lain-lain.

Di Semenanjung Malaysia, orang Mealyu boleh dikelompokkan kepada kelompok-kelompok khusus seperti Melayu Kelantan, Melayu Terengganu, Melayu Johor-Riau dan lain-lain lagi.  Hal yang sama juga boleh dilakukan kepada peribumi di Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan: wujud Melayu Brunei, Melayu Pontinanak dan lain-lain.

Kesemua mereka yang tergolong dalam kelompok Melayu adalah mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu mengikut dialek kawasan, beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu Islam.  Walaupun majoriti penduduk Melayu selatan Semenanjung Malaysia pada asasnya adalah dari rumpun Melayu dari Jawa, Sulawesi dan pelbagai tempatan lagi di alam Melayu yang berpindah ke Semenanjung Malaysia sekitar abad ke-18 dan ke-19 Masihi, namun mereka semua diiktiraf sebagai orang Melayu kerana kesemua mereka itu tidak lagi menggunakan bahasa etnik mereka.  Mereka bertutur bahasa Mealyu.  Maka di Malaysia, walaupun orang Melayu terdiri daripada pelbagai kelompok etnik mereka telah lupa bahasa etnik asal dan mereka dinggap sebagai Melayu tulen mengikut Perlembagaan Malaysia.

Antara kelompok Melayu, kelompok Melayu mana yang paling awal?  Ada kajian yang terkini cuba menegaskan bahawa orang Melayu paling asli di alam Melayu ialah orang Kelantan.  Pendapat itu berasaskan kajian DNA dengan membandingkan DNA orang Melayu paling asli di Kelantan dengan orang Yunan dan dengan Orang Asli.  Hasil kajian ini pada saya belum muktamad.  Banyak perkara yang perlu diteliti.  Antaranya ialah isu perkaitan antara orang Melayu dengan orang Yunan kerana mereka memang berkait.  Ini kerana orang Melayu dan orang Yunan adalah daripada kelompok yang sama iaitu Mongoloid, dan sementara itu perkaitan antara orang Kelantan dengan Orang Asli yang paling asli iaitu orang Negrito memang jauh kerana mereka itu daripada keturunan Negroid.

(Profesor Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman ialah Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM)

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1042949
    Visit Today : 813
    This Month : 25548
    Total Visit : 1042949
    Hits Today : 2503
    Total Hits : 4282098
    Who's Online : 7
  • Kategori