Oleh LA HAMI AHMAD

SEBELUM ini kita pernah membicarakan usaha kerajaan untuk turut sama memartabatkan bahasa kebangsaan termasuk dari segi penamaan jabatan atau bahagian yang tertentu dalam organisasi kerajaan. Namun, sama ada disedari atau tidak kita masih menemui kesalahan-kesalahan tersebut. Walau bagaimanapun, sebagai organisasi yang berperanan menegur sebarang kesalahan penggunaan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sentiasa menjalankan tugas memantau dan menegur kesalahan-kesalahan sedemikian.Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi mempunyai sebuah agensi yang dinamai Agensi Remote Sensing Malaysia. Walaupun, kita peranan yang dimainkan oleh agensi tersebut melihatkan pada tajuk agensi itu, sewajarnya frasa Inggeris tersebut ditukar kepada bahasa Melayu, iaitu “penderiaan jauh” bagi remote sensing.Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu pada laman web DBP, “penderiaan jauh” bermaksud kaedah penderiaan jauh yang membekalkan sumber sinaran elektromagnetnya sendiri. Maka, agensi tersebut akan menjadi “Agensi Penderiaan Jauh Malaysia”, lebih persis dan gramatis.

Terdapat beberapa kesalahan penggunaan bahasa dalam menamakan bahagian, jabatan atau agensi tertentu sama ada di sektor awam mahupun swasta. Antaranya, perkataan “analisa” bagi ‘Bahagian Analisa Cukai’ sepatutnya “Bahagian Analisis Cukai”. Oleh itu Kementerian yang terbabit perlu peka akan hal ini.

Sungguhpun kebanyakan badan agama negeri telah menggunakan perkataan “agama” bagi menggantikan “ugama”, masih terdapat lagi majlis agama negeri yang masih menggunakan ejaan “ugama”. Walaupun sudah lebih 38 tahun Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu dilaksanakan, masih ada sesetengah pihak yang kurang peka atau tidak mengambil berat akan hal ini.

 

Ada yang boleh dijadikan contoh kerana bukan sahaja menggunakan bahasa kebangsaan malahan turut memartabatkan tulisan Jawi.

 Jika pihak yang berkenaan mempunyai pendirian yang teguh terhadap bahasa, tentulah kesilapan tersebut dapat dielakkan. Seperti gagasan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir  Mohamad iaitu “Kepimpinan melalui Teladan”, Kerajaan harus juga diteladani dari segi penggunaan bahasa yang betul dalam penamaan kementerian, jabatan, atau bahagian yang tertentu. Penggunaan bahasa yang bercampur aduk perlu dielakkan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1037370
    Visit Today : 852
    This Month : 19969
    Total Visit : 1037370
    Hits Today : 2591
    Total Hits : 4254946
    Who's Online : 17
  • Kategori