Oleh DR. TENGKU INTAN MARLINA MOHD ALI

MANUSKRIP Melayu merupakan lambang keperibadian dan peradaban bangsa Melayu, dan  menjadi sebahagian daripada sumber primer dalam bentuk persuratan. Manuskrip Melayu ternyata kaya dengan khazanah ilmu dan maklumat sejarah, dan seterusnya dapat mencermin kegemilangan tamadun Melayu.

Menyedari hakikat ini, Seminar Naskhah Melayu diadakan pada setiap bulan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, dan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.  Tujuan utama seminar ini adalah untuk membicarakan manuskrip-manuskrip Melayu daripada pelbagai aspek seperti sastera, bahasa, budaya, sejarah, ekonomi, politik dan sosial.  Melalui seminar ini juga lokasi penyimpanan dan kehadiran manuskrip-manuskrip di dalam negara dapat dikenal pasti.  Seminar ini turut mempertemukan para pengkaji manuskrip Melayu.

Sejak seminar ini diadakan pada tahun 2007, banyak manuskrip Melayu berjaya dikumpulkan untuk dokumentasi.  Antara kertas kerja yang telah dibentangkan dalam seminar ialah:

1)    “Konsep Sejarah Tradisional dalam Naskhah-naskhah Histiriografi        Melayu” oleh Dato’ Dr. Siti Hawa Salleh
2)    “Kitab Raksi Melayu” oleh Prof. Madya Ab. Razak Ab. Karim
3)    “Wafak dalam Manuskrip Melayu” oleh Mohd Ramli Raman
4)    “Raja Haji Yahya dan Sahsiah Raja Perak Berhubungan dengan Sayid-sayid Chandaryang” oleh           Prof. Madya Dr. Jelani Harun
5)    “Kitab Ilmu Nujum Melayu” oleh Profesor Dr. Haron Daud
6)   “Bahasa Naskhah Lama sebagai Gambaran Pentadbiran dan Penyusunan   Masyarakat  – dengan Tumpuan kepada Syair Maulana” oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar
7)    “Konsep Ekologi dalam Teks-teks Melayu Lama” oleh Dr. Tatiana Denisova
8)    “Ilmu Tabib Melayu” oleh Profesor Dr. Hashim Awang
9)    “Haji dalam Teks Melayu Tradisional: Kajian Pemergian ke Mekah dalam Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al-Nafis dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah” oleh Prof. Dr. Ridzuan    Othman dan Cik Aiza Maslam @ Baharudin
10) “Tukku Paloh: Kesungguhannya Memerangi Jenayah Aqidah di Terengganu” oleh  Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi

Seminar  Naskhah  Melayu ini merupakan satu usaha untuk menjana kesedaran  masyarakat mengenai kepentingan manuskrip Melayu sebagai warisan negara.  Secara tidak langsung ia dapat mempertingkat kefahaman masyarakat tentang kepentingan manuskrip Melayu sebagai sumber maklumat dan bahan penyelidikan.  Di samping itu, seminar ini juga mendedahkan dan menyerlahkan lagi kepelbagaian dan ketinggian ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu.  supaya dapat memartabatkan manuskrip Melayu sebagai sumber penting dalam kajian masyarakat Melayu.

Seminar yang diadakan sejak tahun 2007 ini dijangka berterusan hingga ke tahun hadapan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013819
    Visit Today : 1082
    This Month : 33164
    Total Visit : 1013819
    Hits Today : 3864
    Total Hits : 4135969
    Who's Online : 5
  • Kategori