Oleh HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL WAN MANSOR

Haji Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor

HUKUM Derlung teraplikasi apabila sesuatu perkataan yang mempunyai dua suku kata terbuka [a] + [a] atau perkataan yang mempunyai tiga suku kata atau lebih tetapi dua suku kata akhirnya terbuka [a] + [a]. Dan yang paling penting ialah jenis kata yang disebutkan di atas diakhiri dengan huruf: dal (د) atau ra (ر) atau lam (ل) atau wau (و) atau dal (ڠ).

Huruf alif (ا) hendaklah ditambah selepas huruf-huruf tersebut.

1. Contoh kata yang mempunyai dua suku kata terbuka [a] + [a] adalah seperti berikut:

Rumi

Jawi

dada

دادا 

bara

بارا

ke

ڤالا

sawa

ساوا

nganga

ڠاڠا

lada

لادا

cara

چارا

nyala

ڽالا

lawa

لاوا

sanga

ساڠا

2. Contoh kata tiga suku kata atau lebih dan mempunyai dua suku kata akhirnya terbuka [a] + [a]. adalah seperti berikut:

Rumi

Jawi

selada

سلادا

kembara

كمبارا

kepala

كڤالا

serawa

سراوا

belanga

بلاڠا

setada

ستادا

menara

منارا

kuala

كوالا

ketawa

كتاوا

kumanga

كوماڠا

Sekiranya dua suku kata akhir sesuatu kata berpola [e] + [a], [i] + [a], [o] + [a] atau [u] + [a] maka bukanlah terdiri daripada  kata yang terhukum dengan hukum Derlung.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044594
    Visit Today : 1015
    This Month : 27193
    Total Visit : 1044594
    Hits Today : 3487
    Total Hits : 4288460
    Who's Online : 11
  • Kategori