prof S & Prof NOleh NORHASMAH MOHD ZAIN

Prof Dr. Saiful Bahari dilahirkan di Kota Bharu Kelantan pada 11 Ogos 1967. Ayah dan bonda beliau iaitu Allahyarham Tuan Haji Ismail Che Mat dan Allahyarhamah Hajah Rogayah Che Mat merupakan mantan ahli politik tempatan pada sekitar tahun 1980 hingga 1990-an. Beliau merupakan anak kelima daripada 13 orang adik beradik.

Prof Dr. Saiful menyambung pengajiannya dalam bidang kesihatan seksual reproduktif lelaki di Monash University, Melbourne Australia.

Prof Dr. Saiful menyambung pengajiannya dalam bidang kesihatan seksual reproduktif lelaki di Monash University, Melbourne Australia.

Saiful Bahari mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ibrahim Satu (1), seterusnya ke pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Satu (1) di Pasir Mas, Kelantan. Beliau kemudiannya mengikuti pengajian Asasi Sains di Universiti Malaya selama dua tahun dan seterusnya mengikuti pengajian sarjana muda dalam bidang perubatan di universiti yang sama dan mendapat penganugerahan pada tahun 1992. Setelah menjalani latihan awal sebagai doktor perubatan siswazah di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan berkhidmat di beberapa buah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau dilantik sebagai pensyarah pelatih di USM pada tahun 1996. Pada tahun yang sama beliau mengikuti program sarjana dalam bidang perubatan keluarga di USM yang merupakan kumpulan pelajar pertama program tersebut di USM. Pada tahun 1999, di samping menerima Ijazah Sarjana Perubatan Keluarga, beliau telah lulus dalam peperiksaan MAFP/FRACGP dan juga diiktiraf sebagai pelajar terbaik Persatuan Alumni Doktor USM (PADU) (Perubatan) dan juga anugerah Pingat Emas USM.

Minat beliau terhadap penjagaan kesihatan lelaki telah mendorong beliau memberikan fokus yang lebih kepada penyelidikan, pengajaran dan perkhidmatan klinikal dalam bidang tersebut. Pada tahun 2006, sekali lagi beliau menyambung pengajiannya dalam bidang kesihatan seksual reproduktif lelaki di Monash University, Melbourne Australia. Pada akhir tahun 2006 beliau dilantik sebagai profesor madya dan seterusnya sebagai profesor pada Oktober 2011. Beliau juga merupakan mantan Timbalan Dekan (Akademik) Pusat Pengajian Sains Perubatan dari tahun 2009 sehingga akhir tahun 2015. Bermula tahun 2016 beliau diberi kepercayaan memacu Jabatan Perubatan Keluarga, PPSP selaku ketua jabatan.

Prof Dr. Saiful telah mendirikan rumah tangga dengan Prof Dr. Nik Hazlina Nik Hussain pada Ogos 1993 dan dikurniakan lima orang cahaya mata perempuan.

Prof Dr. Saiful telah mendirikan rumah tangga dengan Prof Dr. Nik Hazlina Nik Hussain pada Ogos 1993 dan dikurniakan lima orang cahaya mata perempuan.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Nik Hazlina Nik Hussain pada Ogos 1993 dan dikurniakan lima orang cahaya mata perempuan. Yang sulung, Aina Maisarah sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, diikuti Anis Muneerah melanjutkan pelajaran dalam bidang tahfiz kejuruteraan dan tiga orang puteri lagi iaitu Aida Mardhiah, Alia Marliana dan Aisyah Amirah masih berada di sekolah menengah.

Prof Dr. Nik Hazlina, juga anak jati Kelantan dilahirkan pada 24 Februari 1965. Ayahanda dan bonda beliau, Tuan Haji Nik Hussain Nik Hassan dan Puan Hajah Maizan Ahmad ialah pesara kerajaan. Beliau merupakan anak kedua daripada lima orang adik-beradik.

Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Tengku Indra Petra, Kota Bharu, kemudian pendidikan menengah di Sekolah Menengah Zainab, Kota Bharu (1978-1981) dan Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur (1981-1982). Pada tahun 1983, beliau menyambung pengajian matrikulasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama setahun. Beliau meneruskan pengajian sarjana muda dalam bidang perubatan di UKM dan mendapat penganugerahan pada tahun 1990.

Bersama-sama ahli keluarga dan sahabat sekerja ketika majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor 2016.

Bersama-sama ahli keluarga dan sahabat sekerja ketika majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor 2016.

Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang Obstetrik & Ginekologi (O&G), beliau melanjutkan pengajian dalam Sarjana Perubatan Obstetrik & Ginekologi di Universiti Sains Malaysia (USM) dan berjaya mendapat kepakaran dalam bidang perbidanan dan sakit puan pada tahun 1997. Pada tahun 1998, beliau dilantik menjadi pensyarah di PPSP, USM. Seterusnya beliau telah meneruskan kerjaya dalam latihan sub kepakaran reproduksi endokrin yang melibatkan masalah menopaus & infertiliti selama setahun di Royal Women’s Hospital dan juga Melbourne IVF di Victoria, Australia pada tahun 2006. Beliau kemudian dilantik sebagai profesor madya pada tahun 2007 dan profesor pada akhir tahun 2012. Pada tahun 2010, beliau diberi mandat sebagai Penyelaras di Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (UPKW) sehinggalah sekarang.

Prof Dr. Nik Hazlina juga ada menerbitkan buku Kehamilan dan Kelahiran.

Prof Dr. Nik Hazlina juga ada menerbitkan buku Kehamilan dan Kelahiran.

Sebagai ahli akademik, pasangan ini telah terlibat dengan banyak penyelidikan sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Mereka juga telah menghasilkan banyak penerbitan dalam bentuk buku, rencana dan makalah dalam bidang perubatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, mereka juga turut aktif dalam memberikan khidmat kepada masyarakat dan sering dijemput menyampaikan ceramah terutama berkaitan kesihatan lelaki dan wanita.

Bagi Prof Dr. Nik Hazlina pula, minat yang mendalam kepada penulisan buku telah mendorong beliau untuk menulis dan turut diberi kepercayaan mengetuai projek penulisan buku Dewan Bahasa Pustaka – USM bermula tahun 2008.Rentetan kerjasama itu, perjanjian MOU telah ditandatangani antara DBP – USM pada tahun 2010. Projek tersebut telah berjaya menerbitkan 50 judul buku separa ilmiah, dua buah novel bertemakan bidang perubatan dan juga sebuah buku ilmiah.cover buku 100 persoalan wanita

Terdapat 15 buah buku ilmiah yang ditulis oleh Prof Dr. Nik Hazlina. Tajuk-tajuk buku tersebut adalah seperti berikut: 

1. Menopaus: Menghadapi tanpa Kepiluan

2. 100 Persoalan Mengenai Infertiliti

3. Infertiliti, Hala tuju, Cabaran & Seribu Pengharapan

4. Infertiliti Sinar Harapan Disebalik Impian

5. Infertiliti Permasalahan dengan Sindrom Ovari Polisistik

6. Infertiliti Rawatan melalui Teknik Bantuan Reproduktif

7. Kesihatan Wanita; Meniti Usia Emascover buku endometriosis

8. Andropaus: Kenyataan dan Harapan

9. Apa yang anda perlu ketahui tentang Fibroid

10. Kesihatan Wanita: Kenapa Kacip Fatimah?

11. Kehamilan dan Kelahiran

12. Si Pertama Hatiku: Panduan Penyusuan Bagi Ibu Berkerjaya

13. Apa yang anda perlu tahu tentang perancang keluarga

14. Apa yang anda perlu tahu tentang Endometriosis

15. 100 Persoalan mengenai Sakit Puan

buku2 prof nikKebanyakan buku tersebut ditulis bersama dengan penulis lain dan tujuh buah buku adalah penulisan bersama suaminya sendiri iaitu Prof Dr. Saiful Bahari. Pada tahun 2014, novel pertama beliau bersama Prof Madya Dr. Azidah Abdul Kadir yang merupakan adik ipar beliau berjudul Memori Cinta Medik telah dilancarkan. Beberapa judul buku beliau turut diterbitkan dalam tulisan Braille (permintaan Persatuan Orang-orang Buta Malaysia) pada tahun 2013. Hak cipta buku beliau yang berjudul 100 Persoalan Mengenai Sakit Puan Jilid 2 juga telah dibeli oleh penerbit Jepun semasa Pesta Buku Antarabangsa Jepun di mana ia akan diterbitkan pula dalam bahasa Jepun.

anugerah citra sahabat DBP

Prof Dr Nik Hazlina telah dianugerahkan Citra Sahabat (kategori individu) pada tahun 2015.

Selain itu, terdapat beberapa judul beliau telah diterbitkan secara E-Buku oleh DBP. Sehubungan itu, Kampus Kesihatan USM telah dianugerahkan Citra Sahabat (kategori berkumpulan) pada tahun 2014 dan 2015 semasa majlis Hari Inovasi DBP. Prof Dr Nik Hazlina sendiri telah dianugerahkan Citra Sahabat (kategori individu) pada tahun 2015. Seterusnya sebuah daripada karya beliau yang berjudul, Kehamilan dan Kelahiran telah memenangi hadiah utama karya ilmiah 2015 peringkat kebangsaan. Beliau juga telah menerima Anugerah Penulisan Sains & Teknologi Terbaik bagi tahun 2015 daripada DBP pada Jun 2016.

Selain itu, penerbitan dua buah buku ilmiah yang telah diguna pakai sebagai buku teks universiti, iaitu The Practical Labour Suite Management terbitan Penerbit USM dan tiga bab dalam buku teks Gynaecology Today terbitan Mallacca Manipal Medical College ini membuktikan kejayaan besar yang diterima oleh beliau. Beliau juga diberi kepercayaan untuk menulis di Mingguan Malaysia dalam ruangan ‘Soal Jawab Doktor’ sejak Mei 2011 lagi. Sehingga hari ini sudah lebih daripada 300 artikel beliau diterbitkan.

Pelancaran buku Masalah Seksual Lelaki Dalam Kesejahteraan Rumah Tangga – dari kiri Prof Dr. Saiful Bahari, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran,

Ketika majlis pelancaran buku terbitan DBP bertajuk Masalah Seksual Lelaki Dalam Kesejahteraan Suami Isteri.

Pada 7 Ogos 2016 yang lalu, kedua-dua pasangan ini telah diraikan dalam satu lagi Majlis Syarahan Umum Perlantikan Professor yang berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia. Prof Dr. Shaiful Bahari Ismail telah menyampaikan syarahan umum bertajuk Kesihatan Lelaki di Malaysia: Perkembangan, Isu dan Cabaran. Manakala Prof Dr. Nik Hazlina Nik Hussain pula membentangkan syarahan umum bertajuk Kesihatan Wanita di Malaysia: Perkembangan, Isu dan Cabaran. 

Syarahan umum ini diakhiri dengan pelancaran buku terbitan DBP bertajuk Masalah Seksual Lelaki Dalam Kesejahteraan Suami Isteri yang ditulis oleh kedua-dua profesor tersebut. Pelancaran buku tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal.

Bergambar di booth Jualan DBP - dari kiri Prof Dr. Saiful Bahari, Prof Dr. Nik Hazlina, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran.

Pelancaran buku tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal.

Kejayaan majlis syarahan umum dan penerbitan buku ini menunjukkan kerjasama intelektual antara pasangan dua orang doktor pakar yang bahagia sebagai suami isteri. Diharap mereka menjadi contoh aspirasi kepada generasi baru dan sumbangan mereka berdua dalam bidang penulisan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013321
    Visit Today : 584
    This Month : 32666
    Total Visit : 1013321
    Hits Today : 1888
    Total Hits : 4133993
    Who's Online : 11
  • Kategori