Dunia penerbitan semakin mengorak langkah menuju satu arus perdana yang mampu memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi penulis. Hari ini, semakin banyak penulis mula mengatur langkah menerbitkan karya sendiri. Bagaikan ikutan, semakin hari semakin banyak penulis yang mula berani menerbitkan karya mereka sendiri dengan jenama sendiri tanpa lagi memerlukan syarikat penerbitan yang besar dan hebat. Kebanyakan yang memilih untuk menerbitkan karya sendiri penulis tersohor yang sudah ada nama, pengikut dan pembaca mereka sendiri.

Kategori: Bicara

Nampaknya polemik tentang kewujudan Hang Tuah timbul lagi dan tidak berkesudahan. Para ahli akademik, sejarawan dan sasterawa sehingga hari ini masih berbahas untuk membuktikan sama ada Hang Tuah seorang tokoh pahlawan Melayu benar-benar wujud atau tidak. Boleh dikatakan sebahagian besar ahli akademik bersependapat mengakui kewujudan Hang Tuah ini berdasarkan teks-teks naskhah Melayu yang sedia ada dan manakala segelintir ahli akademik lain menafikan pula keberadaan tokoh ini dalam sejarah Melayu.

Kategori: Bicara

Dunia kini tidak lagi seperti dahulu, maka dunia yang akan datang mungkin tidak lagi berjiwa masa ini. Mari kita lihat perkembangan semasa apabila berlakunya pemodenan taraf hidup, seperti peningkatan penggunaan teknologi terkini dan penarafan media, khususnya media elektronik. Sesiapa pun yang lahir pada sebelum zaman milenium sudah tentu masih teringat akan perkembangan telefon mudah alih daripada yang bersaiz besar kepada saiz yang lebih kecil, daripada yang hanya menggunakan talian GSM kepada talian 4G, daripada sistem operasi kuno kepada sistem operasi android dan lain- lain lagi.

Kategori: Bicara

“Patik kenal akan tuanku.” Begitulah antara dialog dalam teater bangsawan Anak Raja Anak Papa. Yang ingin dinyatakan ialah betapa gramatisnya binaan ayat tersebut dengan kata sendi nama “akan” digunakan di tempat yang betul, mendahului kata nama yang merujuk manusia dan penggunaannya pula didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif, seperti yang dijelaskan oleh Tatabahasa Dewan.

Kategori: Bicara

Pada hari ini, kajian yang berasaskan korpus kian mendapat tempat. Namun jika dibandingkan dengan negara Barat kajian berasaskan korpus ini telah pun bermula pada era 1950-an lagi. Justeru itu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang telah dipertanggungjawabkan dalam membina dan memperkembangkan bahasa Melayu telah berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana penyelidikan kepada penyelidik. Pembinaan pangkalan data korpus yang dibina adalah untuk membantu para penyelidik membuat kajian dalam pelbagai bidang kebahasaan dan menyebarluaskan lagi hasil-hasil penyelidikan yang telah dibuat.

Kategori: Bicara, Makalah

PADA tahun 1919, ketika berusia 16 tahun, Tunku Abdul Rahman Putra, atau lebih dikenali sebagai Tunku, ke Cambridge, England, untuk belajar. Pada usia 54 tahun, beliau berjaya memerdekakan Tanah Melayu daripada British, tanpa menitiskan walaupun setitik darah.

Kategori: Bicara

“Bahasa merupakan alat komunikasi yang menghubungkan antara individu dengan individu yang lain.” "Bahasa merupakan alat komunikasi yang menghubungkan antara individu dengan individu yang lain.” BEGITULAH pendapat seorang penulis iaitu Indirawati Zahid ...

Kategori: Bicara

Atas dasar apakah para penulis Sarawak itu dikatakan memiliki sindrom rendah diri, dan adakah pernah dilakukan kajian secara empiris berkaitan dengan korelasi antara sikap rendah diri dalam kalangan penulis Sarawak dengan bilangan mereka yang berkarya pada peringkat kebangsaan?

Kategori: Bicara, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1044338
    Visit Today : 759
    This Month : 26937
    Total Visit : 1044338
    Hits Today : 2433
    Total Hits : 4287406
    Who's Online : 11
  • Kategori