BUKU Meneroka Khasiat Tempe ini memberikan pendedahan mengenai khasiat tempe yang merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu. Buku ini mengandungi lima bab yang menceritakan tentang kacang soya sebagai ramuan utama tempe, kandungan nutrien dan antinutrien tempe, tempe sebagai makanan fungsian dan resipi sihat berasaskan tempe.

  Judul: Memori Terindah Kata Pengantar: Siti Aisah Murad Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun: 2019 Pengulas: ATIQAH ABD RAHIM Antologi cerpen kanak-kanak, Memori Terindah menghimpunkan karya cerpen daripada penulis kanak-kanak yang akan menjadi pelapis dalam dunia penulisan. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengetengahkan bakat muda dengan penerbitan antologi ini seharusnya dipuji dan dilaksanakan secara berterusan. Penulis kanak-kanak untuk antologi ini merupakan peserta program Minggu Penulis Kanak-kanak (MPKK) […]

MUSIM buah binjai datang lagi! Buah binjai (Mangifera caesia) atau dikenali dengan buah kemang ini ialah sejenis buah nadir yang jarang ditemukan malah ditanam secara komersial. Meskipun sukar ditemukan, buah binjai lebih popular bagi orang dewasa dan musimnya sentiasa dinanti-nantikan. Bentuknya bujur persis telur dengan saiz 12-19 sentimeter panjang dan 6-10 sentimeter lebar. Isinya berwarna putih kekuningan, berjus, memiliki rasa manis, masam manis, masam dan lemak manis serta berserat sederhana kasar ke kasar. Mengikut penggemar buah binjai, buah yang licin kulitnya dan berwarna kuning-coklat serta berbau kuat, sedap rasanya. Manakala, buah kemang (Mangifera kemanga) pula mempunyai kulit yang lebih kasar dan kusam warnanya serta saiz buahnya lebih besar daripada buah binjai. Rasa buah binjai lebih manis, kelat dan sedikit masam berbanding buah kemang yang rasanya lebih manis (tiada rasa kelat dan masam) dan masam (tidak tertelan dan sangat masam).

Kategori: Makalah, Uncategorized

Pada 9 Oktober 2018, bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGK Bahasa Melayu), Lembah Pantai, Kuala Lumpur, telah berlangsung Syarahan MABBIM yang bertajuk “Peningkatan Literasi Bahasa Melayu/Indonesia” oleh Dr. Zaharani Ahmad.

Kategori: Berita, Uncategorized

OLEH SITI IRNI YUSLINDA MOSMAN   Dalam menangani cabaran memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memberikan tumpuan dalam mengembangkan, memasyarakatkan serta membudayakan bahasa Melayu. Usaha ini melibatkan penganjuran pelbagai program kebahasaan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak dan melibatkan golongan belia sebagai kumpulan sasaran utama. Bengkel ini merupakan inisiatif Sekretariat Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama DBP. Penganjuran bengkel pidato ini […]

Kategori: Uncategorized

Masyarakat dunia secara umumnya mengetahui cita-cita besar rejim Zionis Yahudi untuk menakluk dan merampas tanah Palestin daripada rakyat Palestin. Pendatang haram Zionis Yahudi ini sanggup berbuat apa sahaja asalkan hasrat utama mereka untuk mendirikan negara sendiri di tanah rakyat Palestin menjadi kenyataan walaupun terpaksa menumpahkan darah insan-insan yang tidak berdosa.

Glosari Dialek Pahang ini merupakan salah satu daripada sembilan gloseri dialek yang telah berjaya dihasilkan dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Lapan lagi gloseri yang telah diterbitkan ialah Gloseri Terengganu Edisi Kedua, Gloseri Kedah Edisi Kedua, Gloseri Kelantan, Gloseri Perak, Gloseri Pulau Pinang, Gloseri Melaka, Gloseri Negeri Sembilan dan Gloseri Johor.

Kategori: Uncategorized

Memandangkan kesalahan dan kecelaruan bahasa pada papan tanda ini semakin berleluasa, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah berkerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat.

Kategori: Uncategorized
  • Arkib

  • Statistik

    127842
    Melawat Hari Ini : 70
    Jumlah Pelawat : 127842
    Hits Hari Ini : 160
    Jumlah Hits : 229496
    Siapa atas talian : 1
  • Kategori