Perlembagaan ialah peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi pemerintahan kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai kerajaan iaitu Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan serta prinsip-prinsip dalam pentadbiran negara.

Kategori: Suara Anak Muda

Setelah saya membaca dan meneliti buku Intelektual Masyarakat Membangun yang asalnya bertajuk Intellectuals in Developing Societies hasil penulisan Almarhum Syed Hussein Alatas, seorang pakar sosiologi, saya mula sedar dan terfikir akan impak negatif yang akan terjadi sekiranya tiada kelompok intelektual yang berfungsi sebagai pelopor idea pemikiran masyarakat. Oleh itu, buku ini wajib dibaca semua golongan, terutamanya mahasiswa dan anak muda.

Kategori: Suara Anak Muda

Ungkapan “ditelan mati emak, diluah mati bapak” jikalau dirujuk dalam Kamus Peribahasa Edisi Keempat bermaksud “dalam keadaan serba salah”. Peribahasa ini juga diilustrasikan dalam ayat, iaitu “Nur Saliha berada dalam keadaan ditelan mati emak, diluah mati bapak kerana kedua-dua tawaran itu sangat menarik dan sukar untuk ditolak”.

Kategori: Suara Anak Muda

Pada era globalisasi ini, penguasaan bahasa Melayu masih berkurangan jika dibandingkan dengan bahasa utama dunia yang lain. Bahan bacaan berbentuk fizikal atau di laman sesawang menjadi bukti bahawa penerbitan dan penterjemahan dalam bahasa Melayu masih belum mencapai keperluan pembaca dunia. Oleh itu, penulisan dan penerbitan berbahasa Melayu perlu dipertingkatkan agar bahasa ibunda mampu menarik perhatian penutur baharu untuk mempelajarinya.

Kategori: Suara Anak Muda

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kita perlu berbangga dengan bahasa kebangsaan kerana mencerminkan identiti nasional dan masyarakat negara ini.

Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu sukar memberikan nasihat atau teguran secara berterus terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaan. Lantas, mereka mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang.

Kategori: Suara Anak Muda

Tarian Zapin merupakan tarian tradisional Johor yang menumpukan langkah tari penuh dengan kesantunan. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun dan posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya simbol memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri berada di bawah bahu. Tarian ini mementingkan kelembutan dan keayuan penari yang menunjukkan orang Melayu sangat mementingkan nilai sopan santun dalam kehidupan.

OLEH ATIQAH ABD RAHIM BUKU-BUKU fiksyen adalah antara bahan bacaan yang paling digemari oleh anak muda seperti novel, komik dan cerita-cerita rakyat. Buku-buku ini dibaca untuk mengisi masa lapang mahupun sebagai hiburan setelah penat belajar atau bekerja. Buku fiksyen menjadi pilihan golongan muda disebabkan jalan cerita yang menyeronokkan dan bersifat santai disertakan dengan gambar-gambar ilustrasi yang menarik minat mereka berbanding buku-buku akademik yang sangat pudar dan membosankan bagi mereka. Genre […]

Kategori: Suara Anak Muda
  • Arkib

  • Statistik

    1014294
    Visit Today : 323
    This Month : 33639
    Total Visit : 1014294
    Hits Today : 947
    Total Hits : 4137749
    Who's Online : 11
  • Kategori