Pertama kali dia membaca novel Melayu ketika menuntut di Sekolah Menengah (P) Sri Aman di Petaling Jaya. Novel pertama yang dibacanya ialah novel wajib Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan Empat, Bukit Kepong, novel sejarah nukilan Ismail Johari. Kemudian dia diperkenalkan kepada novel bertemakan perjuangan hidup melalui novel KOMSAS Tingkatan Lima, Konserto Terakhir nukilan Abdullah Hussain.

Kategori: Bakat, Featured

PADA tahun 1983, ketika nama Ramli Daud dinobatkan sebagai salah seorang pemenang Hadiah Sastera Malaysia 1982-1983 melalui cerpennya yang berjudul “Tandan Tua” (Berita Minggu, 20 Februari 1982), banyak pihak, termasuk peminat sastera ternyata-tanya, siapa sebenarnya Ramli Daud ini?

Kategori: Bakat, Featured

APABILA membaca sajak di atas, yang disiarkan dalam majalah Dewan Sastera, Mei 1996, kita tidak akan menyangka sama sekali bahawa sajak tersebut ditulis oleh seorang yang hanya pandai menulis dan membaca setelah menanjak usia 25 tahun.

Kategori: Bakat

Minat melukis sejak kecil terbawa-bawa sehingga usia remaja. Dia gemar melawat galeri seni dan membeli lukisan yang diminati. Itulah Husin Hourmain, anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak.

Kategori: Bakat, Featured

Naif, dalam Kamus Dewan didefinisikan sebagai, "bersahaja, terlalu mudah, tidak canggih, lurus, tidak matang (pemikiran), keanak-anakan". Jadi, apabila memperkatakan seni naif, ia merupakan satu konsep kesenian atau lukisan yang dihasilkan tanpa terikat dengan undang-undang seni lukis. Setiap subjek tidak terikat dengan sebarang prinsip, termasuk perspektif.

Kategori: Bakat

Fauzi belajar melalui pembacaan dan pengalaman. Kerjaya awalnya bermula sebagai pelukis komersial di sebuah syarikat pengiklan luar di Kuala Lumpur. Tugasnya ialah menghasilkan iklan produk pada badan van komersial. Setahun bekerja di situ, Fauzi berhenti dan balik ke Perak, bekerja sebagai pelukis di sebuah syarikat pengiklanan di Ipoh.

Kategori: Bakat

Material utama yang harus ada pada seseorang penulis ialah minat. Sesudah itu baharulah ditagih keghairahan untuk menulis dan membaca; komited dan bukan sekadar mengikut musim. Demikian yang kerap dinasihatkan oleh sasterawan penting negara.

Kategori: Bakat, Featured

Dilahirkan pada 14 Mac 1987 di Batang Berjuntai, Selangor, Ainunl Muaiyanah binti Muhammad Sulaiman merupakan anak muda yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti dari Universiti Malaysia Terengganu. Kini, nama Ainunl mula meningkat naik dan menjadi perhatian para peminat karya sastera.

Kategori: Bakat
  • Arkib

  • Statistik

    1035326
    Visit Today : 104
    This Month : 17925
    Total Visit : 1035326
    Hits Today : 750
    Total Hits : 4246840
    Who's Online : 13
  • Kategori