Tanggal 3 April 2014 (Khamis), tepat pukul 3.30 petang merupakan tarikh keramat yang menyaksikan dunia puisi Melayu moden Malaysia dan dunia puisi Kedah Darul Aman telah kehilangan seorang penyair kembara tersohor Kedah, iaitu Allahyarham Jamaludin Darus atau lebih dikenali sebagai Jamaludin D. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri tercinta, Kamariah dan anaknya di Hospital Putrajaya setelah menghidap penyakit barah hati sejak tahun 2013. Sebelum itu, Allahyarham Jamaludin Darus yang menghidap penyakit kencing manis telah dibawa ke Hospital Putrajaya dari rumahnya di Taman Desa Jaya, Sungai Petani, Kedah oleh anaknya yang bertugas di Jabatan Muzium Putrajaya. Seminggu sebelum pemergiannya, Allahyarham tetap bersemangat melayan sahabat handai yang menziarahinya. Akhirnya, jenazah Allahyarham Jamaludin Darus telah disemadikan di Kampung Kinjang Lama, Chenderiang berhampiran Lata Kinjang, Tapah, Perak.

Kategori: Bakat

Program Canai Bahasa dan Sastera Bil. 4/2020 telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Jun 2020 di Anjung DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Program ini juga boleh ditonton di laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Program yang dianjurkan oleh DBP dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) ini membincangkan tajuk “Komposer Muda Kontemporari” oleh dua orang komposer muzik, Ikhwan Fatanna dan Adeep Nahar, serta Liza Ramli sebagai moderator.

Kategori: Bakat

Majlis Anugerah Pencapaian Seumur Hidup 2019 telah berlangsung pada 8 Oktober 2019 bertempat di Auditorium Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Penganjuran Majlis Penyampaian Anugerah Pencapaian Seumur Hidup 2019 diadakan bersempena dengan Persidangan Antarabangsa Akademi Pengurusan Asia 2019.

Kategori: Bakat

Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempersembahkan Persembahan Puisi Artistik “Langkahan Wira” bersempena dengan ulang tahun DBP yang ke-64. Tayangan persembahan tersebut bersiaran secara langsung melalui laman rasmi Facebook PENYAIR

Kategori: Bakat

SIAPA menyangka bahawa bakat menulis lirik lagu yang tumbuh dalam diri Jasni Matlani terus berkembang dan mencipta nama yang cemerlang dalam dunia penulisan dengan jayanya.

Kategori: Bakat

MELIHAT beliau melakar warna-warna seni di dada kanvas yang putih suci sehingga warna-warna alam tersebut berkembang menjadi guru yang mengajar erti kehidupan, pasti menerbitkan rasa kagum yang mendalam pada setiap retina yang menatapnya. Setiap calitan warna mempunyai makna yang terolah. Setiap rona yang berpaksi pada kanvas mempunyai cerita yang tersendiri. Begitulah keindahan yang dilakar oleh pemilik nama Nazhatulshima Nolan, anak kelahiran Batu Pahat, Johor, juga seorang Pensyarah Kanan Bahasa Inggeris di Jabatan Bahasa Inggeris, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Johor.

Kategori: Bakat, Tokoh

DEMIKIAN petikan dalam sebuah wawancara bersama Allahyarham Datuk Aziz Sattar dalam akhbar Kosmo yang menceritakan keunggulan bahasa dan karya agung menurut pemikiran Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Oleh hal yang demikian, keunggulan bahasa dalam rangkaian karya agung P. Ramlee telah berjaya dipentaskan menerusi 11 pementasan teater Tribute P. Ramlee PGT 203 di Dewan Kuliah U (DKU), Foyer DK, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 23 Mei 2016. Keunggulan bahasa dalam rangkaian karya agung P. Ramlee yang dipersembahkan dalam pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203 Sidang Akademik 2015/ 2016 diserlahkan berdasarkan keunggulan bahasa yang dipaparkan dalam 11 pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203.

Kategori: Bakat

Tulisan saya mengenai Thirukkural disiarkan secara bersiri di portal Roketkini manakala Megha Duta disiarkan di portal Eksentrika. Pengalaman menulis secara mingguan memang menarik kerana saya perlu mendisiplinkan diri untuk mengirim bahan kepada editor secara berkala. Akan tetapi, ada masanya siaran dilewatkan, lalu membuatkan saya kurang selesa. Atas sebab itulah juga kisah-kisah Vikramaditya yang dimulakan di portal Eksentrika disambung sahaja di blog saya, iaitu uthayasb.blogspot.my.

Kategori: Bakat
  • Arkib

  • Statistik

    218765
    Melawat Hari Ini : 218
    Jumlah Pelawat : 218765
    Hits Hari Ini : 1015
    Jumlah Hits : 537119
    Siapa atas talian : 1
  • Kategori