Perjalanan Muhammad Haji Salleh ke gugusan pulau utara untuk mencari alam, jiwa dan budi bangsa Jepun, dilukis kembali, seperti mengikut jejak langkah Basho, penyair haiku yang luar biasa. Muhammad menemukan makna kemajuan dalam budi dan budaya, usaha dan sabarnya. Sementara itu, beliau menemukan salju gunung dan Ainu di Hokkaido, manusia Ryuku dalam gerak hidup yang berlainan dari utara.

Kategori: Buku Baharu

Juara mengisahkan konflik dalam masyarakat Melayu Pattani yang berkesudahan dengan tragedi. Pergolakan terjadi disebabkan timbulnya perasaan ingin membalas dendam akibat kematian salah seorang yang bergelar pahlawan lembu. Pembunuhan demi pembunuhan terus dilakukan oleh kedua-dua puak, yang akhirnya membawa kepada penyelesaian yang dramatik. Novel Juara ini telah difilemkan oleh U-Wei Haji Saari dengan tajuk Jogho.

Kategori: Buku Baharu

Tiga Catatan Perjalanan mengandungi 75 buah puisi yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sembilan puisi dalam catatan III. Kumpulan puisi ini diberi kata pengantar oleh Muhammad Haji Salleh. Kumpulan puisi ini dijadikan teks Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) antara tahun 1992 hingga tahun 1997.

Kategori: Buku Baharu

Kelainan persembahan Mahabbah mempunyai hubungan yang erat dengan pemusatan cerita tertumpu pada perjalanan minda ikon Endar sahaja. Ikon lelaki tua yang mengalami serangan penyakit Myasthenia Gravis sehingga melumpuhkan anggota badannya dan terlantar di perbaringan hanya berupaya menggerakkan mindanya.

Kategori: Buku Baharu

Kepimpinan Rabbani merujuk kempimpinan yang menitikberatkan perkongsian tanggungjawab dan pertanggungjawaban dengan menunjukkan amalan kempimpinan yang didorong oleh pertimbangan moral untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini memberikan kupasan tentang kisah Nabi Yusuf a.s dalam konteks pengurusan emosi yang menjadi inti pati di sebalik 111 ayat dalam Surah Yusuf. Kisah Nabi Yusuf a.s dianggap sebagai sebuah cerita yang paling indah dalam Al-Quran sebagaimana yang diungkapkan dalam firman Allah SWT pada awal Surah Yusuf yang bermaksud : "Kami akan ceritakan kepada engkau sebuah cerita yang paling baik".

Kategori: Buku Baharu

Al-Amin ialah sebuah puisi panjang yang dicuba penulisnya sesudah matang sebagai penyair melalui lebih 4 dekad. Dengan rangkap yang biasanya berimbang, bahasa yang sering kaya irama, A.Samad Said memulainya dengan menjejaki kehidupan Rasulullah SAW dari awal bergeloranya zaman jahiliah kepada detik-detik syahdu keputeraan Baginda.

Kategori: Buku Baharu

Siri Seni Khat: Kaedah Dan Panduan Khat Farisi Penulis: Jainal Sakiban Penerbit: Dewan Bahasa Pustaka Harga : RM 35 Orang yang mula-mula menemui tulisan ini ialah Khattat Farisi Mirghali Sultan Al-Tabrizi (1416 M). Tulisan ini disebut juga dengan Khat Ta’liq maknanya bergantung, bergayut atau melekat. Khat jenis ini dikembangkan oleh masyarakat Parsi daripada tulisan arab kuno yang disebut Firamuz. Ibn Nadim dalam bukunya al-fahrasat mengatakan bahasa Firamuz sebagai khat Al-Quran yang […]

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1014593
    Visit Today : 622
    This Month : 33938
    Total Visit : 1014593
    Hits Today : 2456
    Total Hits : 4139258
    Who's Online : 10
  • Kategori