MASUK ke Dalam Awan menyajikan karya penyair terkenal, Siti Zaleha M. Hashim yang jauh lebih matang dalam memperlihatkan perjalanan jiwanya yang telah menempuh pelbagai rona kehidupan. Penyair berjaya merungkai pemerhatiannya dengan lebih luas, menyelinap rasa dengan lebih akrab kepada Penciptanya sehingga lahir puisi yang mengetengahkan kasih sayang sesama insan dan cinta terhadap Allah SWT. Turut disentuh ialah persoalan kemasyarakatan, agama dan kerohanian, cinta dan kasih sayang, sanjungan tokoh, kemanusiaan, kenegaraan, kemusnahan alam dan kepincangan yang berlaku di mana-mana.

Kategori: Buku Baharu

IKAN YU atau jerung sering dianggap sebagai haiwan marin yang ganas dan suka menyerang manusia. Namun, sebenarnya hanya sebilangan kecil yu yang ganas. Hakikatnya, jika tidak mengalami sebarang gangguan, yu merupakan sejenis haiwan marin yang pemalu dan takut kepada manusia. Yu tidaklah berbahaya seperti yang disangka. Banyak fakta berkaitan yu yang masih belum diketahui seperti tentang kepelbagaian spesiesnya, kaedah pembiakan, tabiat pemakanan, habitat, serta faktor yang mengancam kelangsungan hidup dan program pemuliharaannya.

Kategori: Buku Baharu

NASKHAH persuratan silam kaya dengan maklumat yang berkaitan dengan prinsip, amalan dan ciri-ciri kekuasaan raja-raja Melayu yang sarat pula dengan pemikirannya yang asas dan asal. Sejarah dan tradisi penulisan naskhah yang berhubung dengan pemerintahan raja-raja bermula di istana-istana kesultanan Melayu seawal abad ke-16, sebagai usaha raja-raja dan para pengarang menyusun sejarah pemerintahan raja-raja dan pada masa yang sama menonjolkan, mengangkat dan meninggikan tamadun kehidupan orang Melayu.

Kategori: Buku Baharu

KEMBOJA KLIAS mengangkat semangat perjuangan nasionalisme dan kemanusiaan pada zaman penjajahan Inggeris di Sabah. Yusof Fansuri, seorang ustaz lulusan sekolah pondok nekad untuk berjuang menegakkan syariat agama dalam kelompok masyarakat yang mementingkan adat budaya pada waktu itu. Konflik bermula setelah beliau difitnah di desa kelahirannya, Kota Klias. Beliau akhirnya berhijrah ke sebuah desa bernama Kemboja Klias untuk menggantikan imam surau yang telah meninggal dunia. Penghijrahannya telah membuka banyak peristiwa dalam hidupnya.

Kategori: Buku Baharu

MANISNYA Rambutan Kampung mengisahkan Mak Engku Tuan Wok, seorang wanita tua yang mempunyai semangat yang kental dan kegigihan dalam mempertahankan warisan tradisi turun-temurun yang diwarisinya. Malangnya, anak-anak Mak Engku Tuan Wok langsung tidak mengikut semangatnya dan sering sahaja mengetepikan tradisi yang diamalkan bertahun lama.

Kategori: Buku Baharu

MENGHIMPUNKAN 108 buah sajak pilihan daripada tiga buah kumpulan puisi, masing-masing berjudul Gamaruang, Hujan di Limun Pagi dan Sajak-sajakku Tak Pernah Tahu. Terdapat juga enam buah sajak yang tidak ada dalam kumpulan-kumpulan terawal.

Kategori: Buku Baharu

BAIK Benang, Cantik Tenunan memuatkan 100 buah sajak yang mengandungi pesan dan iktibar, mengajar manusia mempelajari kehidupan daripada alam dan insan. Kumpulan sajak ini juga menerapkan unsur-unsur keagamaan, peradaban dan nasihat.

Kategori: Buku Baharu

BUKAN mudah mencari kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga. Kebahagiaan yang kadangkala dinilai dan diukur dengan mudahnya oleh orang sekeliling tanpa mengetahui keadaan sebenar. Berada dalam masyarakat kini yang mementingkan kesempurnaan, kegagalan mendapat zuriat sering kali menjadi pertanyaan dan gurau senda sehingga menyebabkan Afefa Syakila dan Uwais Akasyah mengasingkan diri dan kurang bersosial.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1014872
    Visit Today : 901
    This Month : 34217
    Total Visit : 1014872
    Hits Today : 4180
    Total Hits : 4140982
    Who's Online : 16
  • Kategori