Wanita merupakan penjaga kesihatan keluarga yang utama. Kerajaan Malaysia mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh wanita dalam menjaga kesihatan keluarga. Fokus utama buku ini menjurus kepada penjagaan kesihatan wanita di Malaysia, khususnya wanita Melayu yang merupakan kaum utama di Malaysia. Selain itu, aspek penjagaan kesihatan wanita Cina dan India turut dibincangkan.

Kategori: Buku Baharu

Sebagai sebuah buku ilmiah, buku ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri, iaitu bukan sahaja dalam bidang bahasa, tetapi juga untuk tujuan kajian antara disiplin yang kini muncul sebagai suatu bentuk keperluan akademik baru, yakni dengan berusaha mengintegrasikan pelbagai aliran pemikiran bagi meneliti sesuatu bidang ilmu dengan cara melintasi batas-batas disiplin tradisional.

Kategori: Buku Baharu

Buku Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan merupakan edisi baharu yang disemak dan diperluas daripada buku yang sebelum ini diberikan judul Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Pada asasnya, buku ini masih membicarakan perkara yang berkaitan teori, pengertian dan kaedah sejarah, namun perbincangannya telah diperluas.

Kategori: Buku Baharu

Profesion penilaian dan pengurusan harta tanah telah mula diperkenalkan di negara kita pada tahun 1957. Dengan penubuhan Bahagian Penilaian di Kementerian Kewangan Malaysia dan kursus penilaian pada peringkat pengajian tinggi dimulakan pada awal tahun 1960-an, keperluan kepada bahan-bahan bacaan dalam bidang tersebut mula dirasakan. Tambahan pula penulisan dalam bahasa Melayu sangatlah kurang.

Kategori: Buku Baharu

Judul        : Kamus Melayu-Inggeris Dewan Tahun      : 2013 Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka Harga       : RM179.00 Kamus Melayu-Inggeris Dewan (KMID) ini merupakan kamus dwibahasa dengan bahasa sumbernya bahasa Melayu dan bahasa sasarannya bahasa Inggeris. Tujuan utama KMID disusun adalah untuk membantu para pengguna bahasa Melayu, sama ada penutur yang menggunakannya sebagai bahasa ibunda atau mereka yang menggunakannya sebagai bahasa komunikasi harian yang […]

Kategori: Buku Baharu

Pernahkah anda mengalami keadaan seperti hanyut, melayang-layang, tidak seimbang, atau pitam? Mengapakah keadaan ini berlaku? Keadaan ini adalah disebabkan oleh vertigo. Hal ini berpunca daripada penyakit vestibular yang menyebabkan ketidaknormalan pada sistem keseimbangan badan. Akibatnya pesakit jatuh dan mengalami kecederaan tubuh badan atau lebih teruk lagi terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kategori: Buku Baharu

Sekiranya tongkat ali dianggap sebagai raja ubat, tonggak kekuatan dan kegagahan golongan lelaki, begitulah juga dengan kacip fatimah pemelihara kesihatan dan keintiman wanita. Khasiat dan kehebatan kacip fatimah berupaya memberikan rawatan pada kesihatan dalaman dan luaran wanita. Malahan, kesihatan wanita seolah-olah ‘dipelihara’ oleh kebaikan kacip fatimah. Tidak mustahil kacip fatimah dijadikan resipi kebahagiaan rumah tangga, agar hubungan suami isteri menjadi lebih bermakna dan berseri lagi.

Kategori: Buku Baharu

Jangan baca sekilas pandang kerana puisi-puisi Kemala penuh dengan maksud tersirat. Bahasa yang digunakan sangat puitis dan adakala juga bersahaja. Namun, otak yang berfikir menyelongkar maksud tersirat puisi itu mampu menggoncangkan jiwa. Puisi-puisi Kemala juga telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Cina, Rusia, Sepanyol, Jerman, Jepun, Romania, Urdu, Benggali dan Tamil.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1014999
    Visit Today : 1028
    This Month : 34344
    Total Visit : 1014999
    Hits Today : 5540
    Total Hits : 4142342
    Who's Online : 8
  • Kategori