Profesor Diraja Ungku Aziz adalah seorang tokoh akademik yang ternama yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Sudah ada beberapa karya yang menceritakan riwayat hidupnya. Dengan itu, buku Riwayat Ungku Aziz ini hendaklah dilihat sebagai tambahan kepada penulisan tentang Ungku Aziz yang sedia ada. Penulis buku ini, Asmah Haji Omar menghasilkan penulisannya berdasarkan dari sudut pandangannya sendiri.

Kategori: Buku Baharu

Karya ini mengimbau kembali saat getir negara berhadapan dengan ancaman komunis dan mengetengahkan peranan Pasukan Keselamatan Negara dalam menghadapi pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) dari tahun 1968 hingga tahun 1989. Sebagai mewakili keseluruhan anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi menentang PKM, pengalaman tokoh-tokoh dalam karya ini amat memberikan makna kepada pembaca.

Kategori: Buku Baharu

Zaharah Nawawi merupakan pengarang besar Malaysia yang sudah lebih lima dekad menumpahkan karyanya untuk tatapan pembaca pelbagai generasi. Di tangan beliau telah lahir deretan cerpen, puisi dan novel yang mewarnai persada kesusasteraan kebangsaan. Beliau melahirkan banyak karya yang mengangkat citra Hawa agar setanding atau mengatasi kaum Adam.

Kategori: Buku Baharu

Panrita merupakan kisah tentang pengembaraan ke alam roh. Arena Wati dengan sedar dan pasti cuba memberikan gambaran apa yang sedang dan akan berlaku kepada manusia di alam roh.

Kategori: Buku Baharu

Kebanyakan cerpen dalam kumpulan ini pengalaman penulis yang banyak merantau ketika mudanya. Antaranya ketika beliau tinggal di Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Asia. Beliau merakamkan aksi manusia di tempat yang dikunjunginya. Walaupun merakamkan budaya manusia asing, beliau tidak melupakan jati dirinya dengan cara mengangkat nilai-nilai Timur yang amat kental di dalam jiwanya. Arena Wati merupakan pemerhati dan pengkritik penguasa yang keras yang jelas tergambar dalam beberapa cerpennya.

Kategori: Buku Baharu

Penelitian penulis mendapati bahawa pengetahuan asas para pelajar dalam bidang astronomi amat rendah. Ramai yang berminat untuk mempelajarinya tetapi tidak tahu cara dan bagaimana untuk mempelajarinya. Penulis pun menggauli bidang ini secara tidak formal, iaitu sebagai salah satu kurikulum yang dipilih semasa menuntut bidang perubatan dan pergigian di Universiti Sains Malaysia.

Kategori: Buku Baharu

Memori Cinta Medik, sebuah novel kreatif dalam kalangan penulis doktor perubatan, dan merupakan novel pertama Nik Hazlina Nik Hussain dan Azidah Kadir. Novel ini sarat dengan episodik Risya sebagai pelajar perubatan, doktor pelatih, isteri, ibu yang melahirkan anak dan mengalami komplikasi meroyan.

Kategori: Buku Baharu

Judul              :           Pulau Tanpa Cinta Penulis           :           Jasni Matlani Pengulas        :           Nurdiana Mohd Nor Harga             :           RM 20.00 Tahun             :           2014 Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)   Riwayat Pandora mengisahkan kekejaman dan pemerintahan kuku besi presiden. Kisah-kisahnya dimunculkan daripada kaca mata protagonis ‘Aku’ dan kisah-kisah di Pulau Pandora yang berhubung kait dalam menonjolkan pemerintahan kuku […]

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1034195
    Visit Today : 411
    This Month : 16794
    Total Visit : 1034195
    Hits Today : 1424
    Total Hits : 4239758
    Who's Online : 8
  • Kategori