Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. T Kurus cuba berbaik-baik dengan T Gemuk namun T Gemuk enggan. Semuanya kerana T Kurus comot.

Kategori: Buku Baharu

Dalam undang-undang keterangan Islam yang melibatkan kes-kes sivil atau jenayah, terdapat beberapa kaedah pembuktian yang boleh digunakan, antaranya termasuklah keterangan saksi, pengakuan bersalah, sumpah, al-qarinah, al-kitabah, pendapat pakar dan ilmu qadhi. Al-Qarinah ialah himpunan bukti yang mendukung antara satu sama lain sehingga membentuk satu kesimpulan yang kukuh.

Kategori: Buku Baharu

Buku Arowana Ikan Hiasan Bernilai: Edisi Ketiga ini menyediakan koleksi maklumat dan panduan penjagaan yang lengkap khusus kepada peminat arowana. Arowana merupakan haiwan peliharaan yang unik dan menjadi simbol kekayaan dengan harga yang mencecah ribuan ringgit. Kepercayaan sesetengah masyarakat menganggap ikan ini memberikan tuah atau ‘ong’ kepada pemiliknya, menaikkan lagi nilai arowana dalam kalangan peminat ikan hiasan.

Kategori: Buku Baharu

Penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik telah menghimpunkan makanan tradisional yang beraneka rupa dan rasa. Setiap kaum di negara ini sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Bajau, Iban, Melanau, dan lain-lain mempunyai makanan tradisional masing-masing yang unik. Makanan tradisional asalnya hanya digemari oleh sesuatu kaum, namun kini turut digemari oleh kaum lain malah menjadi satu tarikan kepada pelancong luar.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini merupakan satu dokumentasi yang merakamkan sejarah dan asal usul, reka bentuk dan unsur seni bina beberapa buah masjid, kuil dan gereja yang dianggap sebagai bangunan warisan di negara ini. Warisan seni agama yang dipaparkan dalam buku ini memperlihatkan pengaruh reka bentuk dan seni bina daripada pelbagai budaya dan kepercayaan, di samping mempamerkan keunikan budaya masyarakat di Malaysia.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini menerangkan proses pembiakan tumbuhan ubatan terpilih melalui teknik kultur tisu. Teknik ini merupakan teknik terkini dalam bidang bioteknologi yang dipaparkan untuk membolehkan usaha mengkomersialkan tumbuhan ubatan tersebut dapat dipergiatkan untuk tujuan kesihatan dan perubatan.

Kategori: Buku Baharu

Banyak usaha telah diambil dalam pelbagai bentuk oleh pihak-pihak yang terlibat dengan pendidikan dan pembangunan keusahawanan untuk para mahasiswa di istitusi-institusi pengajian tinggi. Namun, usaha ini masih belum lagi menghasilkan pencapaian yang memuaskan dari aspek membudaya dan memilih kerjaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.

Kategori: Buku Baharu

“Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Surah Hud 11:23)

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1035722
    Visit Today : 500
    This Month : 18321
    Total Visit : 1035722
    Hits Today : 2211
    Total Hits : 4248301
    Who's Online : 8
  • Kategori