Cerita rakyat menjadi bahan bacaan sastera yang menghiburkan dan mempunyai nilai murni yang boleh dicontohi. Penceritaan semula atau adaptasi daripada cerita sebenar yang berlaku dalam masyarakat dapat dijadikan teladan yang baik, khususnya kepada kanak-kanak. Penceritaan yang ringkas dan ilustrasi lukisan yang berwarna-warni dapat menarik perhatian pembaca. Buku ini adalah untuk peringkat umur dari tiga hingga 12 tahun, dan boleh dijadikan bahan bacaan untuk orang dewasa juga.

Novel ini mengisahkan Mak Engku Tuan Wok, seorang wanita tua yang mempunyai semangat yang kental dan kegigihan dalam mempertahankan warisan turun-temurun yang diwarisinya. Malangnya anak-anak Mak Engku Tuan Wok langsung tidak mengikut semangatnya dan sering sahaja mengetepikan tradisi yang diamalkan bertahun lama.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini menyelitkan watak misteri, Palano Zacki yang mewakili empat zaman seni lukis, iaitu Klasik, Romantik, Naturalis dan Realis. Zaman Klasik melihat objek visual yang sementara dan kemunculan awalnya sebagai idea. Matlamatnya untuk mendapatkan persepsi dan ekspresi yang nyata dalam idea.

Kategori: Buku Baharu

Novel ini memaparkan kepemimpinan wanita dalam menangani sebuah penempatan anak-anak yatim, miskin dan gelandangan. Aisyah, pemilik Teratak Aisyah, bukan sahaja menyediakan rumah tumpangan percuma, malah turut memberikan makanan dan mendidik anak-anak malang dengan nilai-nilai agama dan sahsiah sebagai bekalan hidup.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini menggalurkan proses pendidikan bahasa daripada aspek falsafahnya hingga aspek perancangan dan pelaksanaannya di kelas. Tanpa penghayatan falsafah pendidikan bahasa, pengajaran bahasa menjadi mekanis sifatnya dan terbatas pada aspek linguistik dan kemahiran bahasa, sedangkan pendidikan bahasa berkaitan rapat dengan idealisme pembinaan diri insan dan penyuburan tamadun bahasa dan negara.

Kategori: Buku Baharu

Dalam dunia yang semakin moden dan mencabar, kesejahteraan hidup merupakan suatu aspek yang amat dihargai, terutamanya apabila kehidupan itu kian dihimpit pelbagai konflik dan tekanan. Apabila semakin ramai yang berdepan dengan cabaran hebat ini, kaunseling dilihat sebagai suatu kaedah yang dapat memberikan jalan penyelesaian yang diperlukan oleh masyarakat.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini merupakan salah satu topik dalam Siri Tanaman Bunga-bungaan dalam Landskap. Dalam buku ini dibincangkan spesies-spesies melur, cara penanaman dan penjagaannya dalam landskap serta cara pembiakannya. Di samping itu, gambar foto spesies-spesies melur juga dipaparkan.

Kategori: Buku Baharu

Buku Orang Jakun ini menggambarkan kehidupan orang Jakun di negeri Johor yang tinggal di sepajang Sungai Endau. Mereka merupakan salah satu etnik daripada kumpulan kaum Melayu Asli (Melayu-Proto).

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1042912
    Visit Today : 776
    This Month : 25511
    Total Visit : 1042912
    Hits Today : 2388
    Total Hits : 4281983
    Who's Online : 8
  • Kategori