Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Pusat Belia Antarabangsa dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan forum Canai Bahasa dan Sastera 2019 dengan tajuk “Wanita Dalam Revolusi Industri 4.0” pada 27 Februari 2019 di ruang legar Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Yayasan Islam Kelantan dan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri, telah menganjurkan Program Memperkasakan Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Kelantan pada 18 Februari 2019 di KIAS, Kelantan.

Kategori: Berita, Featured

Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik telah menggariskan empat peningkatan kualiti untuk meningkatkan kewibawaan dan martabat bidang pengajian tinggi semua universiti di Malaysia. Secara keseluruhannya, terdapat empat langkah peningkatan digariskan oleh Dr. Maszlee, iaitu peningkatan kualiti, autonomi, kolaborasi dan pengantarabangsaan.

Kategori: Berita, Featured

Buku Views from Pulau Pinang - Countering Modern Orientalism and Policy Perspectives menghimpunkan penulisan artikel sepanjang tahun 2016 dan 2017 yang disiarkan dalam akhbar New Sunday Times Malaysia. Secara keseluruhannya, penerbitan buku ini merupakan hasil kajian tiga pensyarah dan penyelidik terkenal Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Kategori: Berita, Featured

Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan tempoh masa 10 tahun, iaitu dari tahun 2021 hingga tahun 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, Dekad Membaca Kebangsaan merupakan sebahagian daripada usaha ke arah menjadikan Malaysia negara membaca menjelang tahun 2030.

Kategori: Berita, Featured

Oleh ABDUL HAKAM JAMALUDDIN PADA 19 Januari 2019, peristiwa bersejarah tercatat apabila nama Kampung Kerinchi dikembalikan hasil usaha YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai. Kawasan yang asalnya Kampung Kerinchi dikenali pula sebagai Bangsar South kesan daripada projek pembangunan besar-besaran di sebahagian kawasan ini. Majlis pemasyhuran telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Majlis turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar, Ketua […]

Kategori: Berita, Featured

Tirai 2019 dibuka dengan penganjuran program Penulisan Kreatif Novel, hasil kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. pada 12 Januari 2019 di Dewan Bankuet, DBP. Seramai 39 orang peserta pelbagai latar belakang dan peringkat umur telah menyertai program ini. Antara penulis yang hadir ialah Lily Haslina Nasir, Hana Ilhami, Hessa Widad, Liz Haliza, Rissa Ahdiya, Rose Harissa, Ayu Ariani, Cik Q, Rosa Nur, Ummie Nadzimah dan Nojie.

Kategori: Berita, Featured

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Haji Abang Sallehuddin Abg. Shokeran sebagai Ketua Pengarahnya yang baharu. Beliau menggantikan Datuk Haji Abdul Adzis Abas, yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 31 November 2018.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1044245
    Visit Today : 666
    This Month : 26844
    Total Visit : 1044245
    Hits Today : 2017
    Total Hits : 4286990
    Who's Online : 10
  • Kategori