Pengguna ialah orang yang menggunakan barang, perkhidmatan dan alam sekitar untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam kehidupan. Pengguna juga merupakan individu yang berperanan penting dalam mengawal proses kenaikan atau penurunan harga barangan di pasaran. Oleh hal yang demikian, pengguna sepatutnya sedar dan mampu melontarkan suara dan pendapat untuk mendapatkan hak keadilan sebagai seorang pengguna. Kenyataan tersebut merupakan inti pati utama yang dinyatakan oleh ahli panel dalam Forum Canai Bahasa dan Sastera yang bertajuk “Peranan Pengguna dalam Pembangunan Ekonomi Negara”.

Kategori: Berita, Featured

Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa (ILLC 2019) anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (SOLLAT), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang telah diadakan di Hotel Eastern & Oriental (E&O), George Town pada 18 hingga 20 Julai 2019. Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa (ILLC 2019) yang diadakan buat tahun kelapan telah menghimpunkan sebanyak 170 orang peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand, China, Korea Selatan, Bangladesh, Jordan dan Yaman.

Kategori: Berita, Featured

Pada tahun ini, Minggu Penulis Remaja (MPR) telah diadakan di Kampung Karyawan Malim, Perak. Program yang telah berlangsung dari 15 hingga 20 Julai 2019 telah disertai oleh seramai 22 orang peserta bagi mengasah bakat masing-masing dalam bidang penulisan cerpen dan puisi di samping mengenali dunia sastera dengan lebih lanjut. Program MPR 2019 telah dikendalikan oleh Puan Norhasmanalinda dan Encik Wan Mohd Farid, pegawai daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kategori: Berita, Featured

Encik Md. Ghani bin Mat dilahirkan pada 23 Disember 1956 di Pasir Mas, Kelantan.

Kategori: Featured, Warisan

Majlis Multaqa Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail 2019 diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan Ke-76 DYMM Tuanku Raja Perlis diadakan di Dewan Warisan, Kangar, pada 11 Julai. DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli ke majlis ini.

Kategori: Berita, Featured

Bagai sirih pulang ke ganggang, Sasterawan Negara Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh hadir ke High School Bukit Mertajam (HSBM), Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk program bersama-sama Sasterawan Negara (SN) dan penjenamaan semula pusat sumber sekolah dengan nama baharu “Pusat Sumber Sasterawan Negara Prof Muhammad Haji Salleh”. Majlis ini telah disempurnakan oleh SN Muhammad Haji Salleh sendiri.

Kategori: Berita, Featured

Saban tahun, Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menganjurkan Anugerah MAPIM-KPM bagi memberikan pengiktirafan kepada penerbitan buku ilmiah. Anugerah MAPIM-KPM 2018 edisi ke-12 terus diadakan bagi tujuan pengiktirafan kepada karyawan dan penerbitan atas sumbangan memajukan dunia penerbitan ilmiah di Malaysia. Bagi memastikan anugerah bidang penerbitan ilmiah ini terus bersemarak, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah Anugerah MAPIM-KPM 2018.

Kategori: Berita, Featured

Pertandingan Forum Remaja bermula pada tahun 1989, dianjurkan secara bersama-sama oleh Persatuan Linguistik Malaysia, Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebagai merealisasikan hasrat KPM untuk mewujudkan satu bentuk penggunaan bahasa Melayu yang seragam.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1013334
    Visit Today : 597
    This Month : 32679
    Total Visit : 1013334
    Hits Today : 1942
    Total Hits : 4134047
    Who's Online : 10
  • Kategori