PADA Ogos 2019, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengumumkan pengenalan tulisan jawi dalam buku teks Bahasa Melayu (BM) di semua sekolah, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK (Tamil). Keputusan itu turut membabitkan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 bagi sesi persekolahan pada tahun hadapan. Ekoran pengumuman tersebut, beberapa pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil menolak keputusan Kementerian Pendidikan yang memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid Tahun 4 SJKC dan SJKT. Pertubuhan yang dipimpin oleh Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) mendakwa, pengenalan tulisan khat bagi murid di dua aliran sekolah terbabit tidak bertepatan dengan keperluan sebenar pembelajaran Bahasa Melayu.

Kategori: Berita, Featured

PADA 3 September 2019, berlangsungnya sidang media yang mengumumkan penerima Anugerah Sastera Negara oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik di Putrajaya. Detik bersejarah itu membawa khabar gembira buat Dr. Siti Zainon Ismail apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara. Dr. Maszlee Malik berkata, pemilihan Dr. Siti Zainon adalah berdasarkan sumbangan beliau melalui karya dan pemikiran serta jasa baktinya terhadap pengembangan sastera. Pengiktirafan itu juga melihat penglibatan Dr. Siti Zainon dalam penyebaran ilmu, kepemimpinan dalam persatuan sastera pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta penghargaan dan pengiktirafan yang sudah diterimanya. Dalam sidang media itu juga Dr. Maszlee menyatakan, Anugerah Sastera Negara diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu yang memberikan sumbangan cemerlang secara berterusan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera yang bermutu tinggi.

Kategori: Berita, Featured

OLEH NURUL JULIA ALANI HENRY Beberapa tempat di Kota Bharu, Kelantan dimeriahkan dengan program keilmuan dan aktiviti riadah bersempena dengan Kembara Titah Kelantan yang berlangsung selama tiga hari, iaitu dari 12 hingga 14 September 2019. Pada tahun ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kelantan telah bersinergi dan berganding bahu menjayakan […]

Kategori: Berita, Featured

Penganjuran pesta buku merupakan acara tahunan bagi setiap negara. Di sinilah tempat berhimpun golongan penerbit dan pencinta buku meneroka peluang dan pasaran. Tidak ketinggalan juga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit ulung di negara ini. Pada 4 hingga 8 September 2019, DBP telah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2019 (IIBF) yang berlangsung di Jakarta Convention Center (JCC).

Kategori: Berita, Featured

PROGRAM Melestarikan Bahasa Sukuan dan Bahasa Daerah giat dijalankan oleh Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jawatankuasa Kecil Tetap Pendidikan Tinggi (JKTPT) dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mulai tahun 2014 hingga kini.

Kategori: Berita, Featured

“Kita mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca 2030. Untuk memastikan kempen ini mencapai keberhasilan yang dihasratkan, tempoh tiga tahun sebelum bermulanya Dekad Membaca Kebangsaan iaitu mulai tahun 2018 hingga 2020 pula ialah tempoh menggiatkan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan," kata YB Dr. Maszlee Malik ketika menyampaikan ucapan Prapelancaran Dekad Membaca Kebangsaan pada bulan Disember 2018 yang lalu.

Kategori: Berita, Featured

Tema Hari Wanita Kebangsaan pada tahun ini, iaitu “Wanita Peneraju Perubahan” amat bertepatan dengan senario peranan wanita pada hari ini. Tidak seperti semasa zaman pascamerdeka, peranan wanita terhad kepada peranan pembantu kepada kaum lelaki sahaja. Hal ini dapat dilihat daripada tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada wanita seperti membantu suami atau bapa dalam pertanian dan perniagaan. Tetapi sejak tahun 1990-an, peranan wanita khasnya wanita Malaysia kian berkembang. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan, ekonomi, politik, sosial, sukan mahupun kesenian.

Kategori: Berita, Featured

Laporan kajian interim tabiat membaca rakyat Malaysia 2014 yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca 15 naskhah setahun berbanding dengan negara maju lain yang membaca 40 judul setahun. Oleh itu, bagi mencapai sasaran ideal bagi rakyat Malaysia, mereka perlu membaca 30 judul setahun.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1013433
    Visit Today : 696
    This Month : 32778
    Total Visit : 1013433
    Hits Today : 2327
    Total Hits : 4134432
    Who's Online : 9
  • Kategori