BERSEMPENA dengan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan (GDBK) Peringkat Pertubuhan Bukan Kerajaan, Festival Perkampungan Seni telah diadakan dan dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Festival ini ialah program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan, iaitu Persatuan Koloni Anak Seni, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, Persatuan Seni Khat Malaysia, Dewan Usahawan Industri Desa Malaysia, Persatuan Teater Malaysia, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Persatuan Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan dan sebagainya. Festival ini telah berlangsung pada 7 November 2019 bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 10.00 malam di Wisma DBP, Kuala Lumpur. Festival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya Malam Perkampungan Seni, Persembahan Penghibur Jalanan, Deklamasi Puisi Teks Braille, Bicarawara, Perkongsian Anak Seni Autisme, Pementasan Teater, pelbagai pertandingan, pameran dan jualan serta trak makanan.

Kategori: Berita, Featured

Pendokumentasian koleksi manuskrip di kebanyakan kepustakaan Melayu Nusantara yang berusia puluhan ribu tahun telah menarik minat para sarjana tempatan dan luar negara untuk melakukan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Hal ini kerana manuskrip Melayu merupakan dokumen bertulis yang jauh lebih ‘muda’ dan sebilangannya telah dihasilkan setelah mesin cetak diperkenalkan.

Kategori: Berita, Featured

Bengkel Penghayatan dan Penulisan Puisi yang dibimbing dan dikendalikan oleh Sasterawan Negeri Sembilan 2015, Puan Hajah Mahaya Mohd. Yassin di Bilik PUSPANITA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya, telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Oktober 2019. Bengkel anjuran PUSPANITA KPM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini telah disertai oleh 30 orang ahli PUSPANITA dan warga KPM. Para peserta yang hadir dibugarkan dengan maklumat yang terkini tentang kesusasteraan Melayu, khususnya dalam penghasilan puisi yang baik dan berkesan.

Kategori: Berita, Featured

KUNJUNGAN ke Pulau Bruit bersempena dengan Program UNESCO 2019; Melestarikan Bahasa Sukuan dan Bahasa Daerah serta Kolokium Bahasa Melanau Matu, Daro dan Pulau Bruit di Daro, Mukah pada 2 hingga 5 Oktober 2019 membolehkan peserta program menyantuni masyarakat Melanau dan menyelami budaya mereka. Hal ini seiring dengan tugas peserta yang membuat kajian lapangan untuk mendapatkan data bagi mendaftar kata ataupun entri di dalam Kamus Mato Daro – Melayu Dewan.

Kategori: Berita, Featured, Warisan

SEMINAR Peristilahan Peringkat Kebangsaan 2019 yang bertemakan, “Peristilahan Abad ke-21: Cabaran dan Harapan” telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta bin Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada 2 Oktober 2019 anjuran Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. Sepanjang seminar ini berlangsung, 11 orang pembentang termasuk pengucap utama telah membentangkan kertas kerja mengikut tema yang ditetapkan. Dalam seminar ini, sebanyak 8 buah kamus istilah dan sebuah glosari telah dilancarkan bagi membuktikan penghargaan DBP kepada pakar-pakar bidang yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti dalam penggubalan istilah.

Kategori: Berita, Featured

PERTANDINGAN Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama universiti awam dan beberapa agensi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM). Acara bertaraf antarabangsa ini juga merupakan inisiatif KPM bertujuan untuk mendaulatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu. Selain itu, penganjuran PABM juga bertujuan untuk melahirkan pemidato yang berupaya berbicara dalam bahasa Melayu bagi mengangkat martabat bahasa itu ke persada antarabangsa.

Kategori: Berita, Featured

Program Kembara Siswa Patriotik telah berlangsung pada 7 September 2019 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Program Kembara Siswa Patriotik ini adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Bahagian Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM.

Kategori: Berita, Featured

Majlis taklimat akademik Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu/Pengajian Melayu (PROPERBM) Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Guangxi University For Nationalities (GUFN) dan Xi’an International University (XIU) bagi sidang akademik 2019/2020 telah diadakan pada 3 September 2019 bertempat di Dewan Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), USM Pulau Pinang.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1036301
    Visit Today : 1079
    This Month : 18900
    Total Visit : 1036301
    Hits Today : 4067
    Total Hits : 4250157
    Who's Online : 8
  • Kategori