
CERAMAH umum Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) Malaysia anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah bersiaran secara langsung menerusi Facebook Langsung DBP Malaysia pada 17 Jun 2020, jam 2.30 petang. Ceramah umum itu diadakan bersempena dengan ulang tahun DBP yang ke-64. Sesi perkongsian tersebut dikendalikan oleh ahli JKTBM yang juga pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz. Beliau membahaskan isu tulisan Jawi di Malaysia dalam kajiannya yang bertajuk, “Tulisan Jawi: Isu Agama atau Bahasa?”.
YBhg. Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan: Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka yang ke-11

BAGAI sirih pulang ke gagang, begitulah ibaratnya buat penyandang jawatan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ke-11, iaitu Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan. Pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP yang baharu ini berkuatkuasa pada 22 Mei 2020 untuk tempoh tiga tahun. Beliau menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

DENGAN tema “KL Baca: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan, telah berlangsungnya perasmian Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020 pada 23 April 2020. Tahniah sekretariat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), seluruh ahli jawatankuasa yang terlibat, pencinta buku, penaja dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

MALAYSIA merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik. Kepelbagaian budaya di Malaysia adalah kerana Malaysia ialah sebuah negara yang mengandungi masyarakat majmuk. Penulis mengambil definisi konsep masyarakat majmuk oleh J.S Furnivall kerana definisi ini banyak digunakan dalam bahan rujukan di Malaysia. Masyarakat majmuk menurut J.S. Furnivall (1948) merujuk kepada sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa, dan adat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah satu sistem politik yang sama.

KARNIVAL Jualan Buku Malaysia DBP-ITBM-MABOPA-MAPIM buat julung kalinya diadakan pada 27 Februari - 8 Mac 2020 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Acara yang diadakan ini bersempena dengan Kuala Lumpur yang dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia 2020 dengan slogan ‘KL Baca - Caring Through Reading’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Selain itu, acara ini juga diadakan sempena Gerakan Dekad Membaca Kebangsaan.

“Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja. Bila tiba detik kembalilah kita kepadanya. Kita datang ini kosong tangan kosong dada. Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.” Begitulah bait-bait puisi indah hasil nukilan YBhg. Dato’ Seri Dr. A. Samad Said atau lebih dikenali dengan nama gelaran Pak Samad yang telah dideklamasikan oleh pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sempena program Sasterawan di Universiti. Program yang menyantuni sasterawan negara ini telah diadakan pada 27 November 2019 bertempat di Perpustakaan UniMAP, Perlis.