Pada 17 hingga 22 Mac 2018 yang lalu, bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai, Negeri Sembilan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2018. Program ini telah berjaya menghimpunkan 16 orang peserta untuk mengasah bakat dalam penulisan cerpen dan puisi.

Kategori: Berita, Featured

Buku yang menghimpunkan 63 teks ucapan terpilih dari tahun 2009 hingga tahun 2015 ini melakarkan lima tema utama, iaitu Agama, Ekonomi dan Pendidikan, Sosial dan Kemasyarakatan, Transformasi dan Perkhidmatan Awam, serta Undang-undang dan hubungan Antarabangsa. Buku ini merupakan dokumentasi penting yang dapat dijadikan rujukan dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan dan agenda pembangunan negara, sama ada pada zaman ini atau pada masa hadapan.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Kereta lembu merupakan pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan negeri Melaka. Diperkenalkan oleh saudagar India ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15, kereta lembu pada dasarnya terbahagi kepada empat bahagian, iaitu badan, roda, gandar dan kajang.

Kategori: Featured, Warisan

Tirai Mac 2018 dibuka dengan Bengkel Pembinaan Bakat Siswa Penulisan Ilmiah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi. Bengkel pada tahun ke-11 ini telah diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik, Nilai, Negeri Sembilan pada 2-4 Mac 2018.

Kategori: Berita, Featured

Pada 9 Mac 2018, di Dewan Seminar Dato’ Hassan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diadakan Wacana Pengurusan. Wacana “Jati Diri Bangsa dan Bahasa” anjuran Akademi DBP ini telah disampaikan oleh Dato’ Haji A. Aziz Deraman, Presiden Peradaban Melayu Malaysia-Kelantan (PERADABAN) yang juga merupakan mantan Ketua Pengarah DBP.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) telah menjalin sinergi untuk melaksanakan Bengkel Pembinaan Bakat Penulisan Kreatif Puisi. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada peserta bagi menghasilkan karya kreatif dan seterusnya menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam proses penulisan kreatif.

Kategori: Berita, Featured

Orang Seletar ialah suku kaum Orang Asli yang pada masa dahulu tinggal sepanjang masa di dalam sampan berkajang di pesisir pantai Selat Tebrau, Johor. Mereka digambarkan sebagai orang yang berambut kusut-masai dan berpakaian daripada kulit kayu kempas atau nyirih.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Bagi mengangkat kebudayaan dan warisan Melayu masyarakat setempat di wilayah Thailand selatan, Perbandaran Wilayah Yala sekali lagi menganjurkan Hari Melayu Yala Ke-5 dari 9 Februari hingga 11 Februari 2018. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Krisyapong Siri, Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan Thailand.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1034292
    Visit Today : 508
    This Month : 16891
    Total Visit : 1034292
    Hits Today : 1711
    Total Hits : 4240045
    Who's Online : 9
  • Kategori